Sikap Nabi terhadap Jenazah Bukan Islam

Suatu hari Rasulullah mendapati rombongan yang mengangkut jenazah berlalu di hadapan baginda. Nabi pun berdiri menghormati.

 

Sahabat baginda segera memaklumkan perihal jenazah itu seolah-olah membantah tindakan baginda, “Itu jenazah orang Yahudi.”

 

“Bukankah ia juga manusia?” sahut Rasulullah.

 

Dialog singkat ini dapat ditemukan dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari. Hadis tersebut diceritakan dalam konteks ketika suatu hari Sahal bin Hunaif dan Qais bin Sa’ad sedang duduk di daerah Qadisiyah, tiba-tiba berlalu jenazah di hadapan keduanya, lalu keduanya pun berdiri. Dikatakan kepada mereka berdua bahawa jenazah itu adalah ahlu dzimmah, warga bukan Muslim yang baik. Lalu keduanya menceritakan sikap Rasulullah terhadap jenazah Yahudi itu.

 

Sahabat yang memberi maklumat kepada Nabi bahawa jenazah tersebut adalah tindakan yang wajar memandangkan ketika itu sebahagian orang Yahudi memusuhi dakwah Rasulullah. Mungkin para sahabat hendak mengetahui alasan mengapa Rasulullah menghormati pada jenazah bukan orang Islam.

 

Rasulullah menjawabnya dengan pertanyaan retorik, “Bukankah dia manusia (nafs)?” Dengan jawapan semacam ini Rasulullah seakan mengingatkan para sahabat bahawa setiap manusia layak mendapat penghormatan, tak kira latar belakang sosial dan agamanya, bahkan ketika manusia itu sudah terbaring menjadi mayat.

 

Dalam hadis lain riwayat Imam Ahmad disebutkan bahawa Rasulullah memerintahkan berdiri ketika ada jenazah Yahudi, Nasrani, atau Muslim. Bukan berdiri untuk jenazah itu sendiri tapi untuk malaikat yang menyertai jenazah tersebut. Ertinya, manusia pun disertai oleh malaikat, tak hanya ketika hidup tapi juga saat meninggal dunia. Ada yang berpendapat bahawa hadis perintah berdiri menghormati janazah ini mansukh sehingga status berdiri itu sekadar harus atau dianjurkan belaka.

 

Terlepas dari perdebatan fiqh tentang kesunnahan berdiri terhadap jenazah, petikan hadis pertama di atas menyiratkan pesan pokok bahawa Rasulullah sangat menghormati manusia. Hal itu selaras dengan pernyataan Al-Qur’an Surat al-Isra ayat 70, “Walaqad karramnâ banî âdam (dan sungguh telah Kami muliakan manusia).”

 

Kisah ini menceritakan betapa agungnya kemanusiaan dalam Islam. Rasulullah memberi teladan kepada umatnya tak hanya teguh di jalan tauhid tetapi pada masa yang sama juga ikhlas menghargai maruah manusia, apa pun latar belakangnya. Bukankah Islam mengajarkan bahawa semua manusia adalah setara, yang membezakan hanyalah ketakwaannya? Ketakwaan menurut siapa? Tentu saja menurut Allah (‘indallâh), bukan menurut manusia yang sarat kesalahan dan lupa.

 

www.nu.or.id

No Comments

    Leave a reply