SIMBOLISMA LAILATUL QADAR

Kerana Lailatul Qadar ini abstrak,bersifat spiritual dan rohaniah dan tidak boleh dipastikan melalui kajian maka timbullah pendapat yang  beragam mengenainya.Macam-macam cerita mitos terbit ketika Lailatul Qadar turun saperti air sungai berhenti mengalir,pohon-pohon serta tumbuhan tunduk tenang,alam Raya kelihatan cerah dan sebagainya.

Justeru Lailatul Qadr ini kita dapatkan asas legallitasinya dalam Al-Quran,maka selayaknya ia menberi tanda-tanda itu agar tidak terjadi distorsi dan menimbulkan cerita-cerita yang karut dan tidak masuk akal.Bagaimana sebenarnya Al-Quran berbicara soal tanda-tanda Lailatul Qadr ini?Didalam surah Al Qadr(97)ayat terakhir Allah SWT menyebut tanda-tandanya:”Salaamun hiya hatta matla’il fajr”-kedamaian atau kenikmatan hakiki(terjadi) pada malam itu hingga terbit fajar.Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah,kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan.Hakikatnya sesiapa yang mendapatkan Lailatul Qadr,dia akan merasakan kedamaian atau ketenangan yang luarbiasa dalam dirinya pada malam itu hingga terbit fajar.Justeru itu didalam Surah ad Dukhan(44) ayat 3 Lailatl Qadr disebut sebagai “Laylatun mubaarakah”kerana kedamaian hati yang bersumber terus dari Allah adalah berkat yang paling tinggi.Ia bagaikan air sejuk  bagi seorang musafir yang kehausan.

Al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan kerananya,kebenarannya tidak diragukan.Ia hanya dapat dicapai melalui darjat intelatual paling tinggi ia itu intelek kenabian.Sekurang-kurangnya jika kita dapat sekadar percikannya(saja) pada malam Lailatul Qadr bermakna mujahadah kita waktu itu sekurang-kurangnya berhasil menyentuh intelek kenabian.Dan itulah kenikmatan dan sekaligus berkat yang paling tinggi.Nilainya pasti lebih mulia dari seribu bulan.

Inilah satu malam yang kedatangannya sangat dinantikan oleh umat Islam. Malam itu disebut dengan lailatulqadar, suatu malam yang dinilai oleh al-Quran malam yang penuh barakah dan malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Lailatulqadar sangat dimuliakan oleh umat Islam kerana pada malam tersebut turun rahmat dan kebaikan dari Allah s.w.t kepada umat-Nya. Pengalaman mendapatkan lailatulqadar merupakan pengalaman spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkan malam seribu malam ini. Ia tidak boleh dicapai begitu sahaja dengan hanya kehadiran kita pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, kerana perjumpaan dengan lailatulqadar merupakan puncak prestasi kerohanian setelah melakukan banyak kegiatan rohani pada bulan Ramadan.

Apa dan bagaimanakah malam lailatulqadar itu? Apakah ia terjadi sekali sahaja yakni malam ketika turunnya al-Quran lima belas abad yang lalu, atau terjadi setiap bulan Ramadan sepanjang masa. Ada pendapat setengah ulama bahawa malam lailatulqadar tidak hanya ada pada bulan Ramadan tetapi juga pada bulan Sya’aban.

Menurut mereka lailatulqadar turun pada malam nisfu Sya’aban (pertengahan bulan Sya’aban), malam yang juga biasa dirayakan oleh kebanyakan kaum Muslimin di seluruh dunia. Walau bagaimanapun yang pasti ia harus diimani oleh setiap Muslim berdasarkan firman Allah di dalam al-Quran surah al-Dukhan ayat 3 hingga 5 yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada suatu malam dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami.

Dar al-Quran kita menemukan penjelasan bahawa wahyu-wahyu Allah itu diturunkan pada malam lailatulqadar. Akan tetapi kerana umat Islam mempercayai bahawa al-Quran telah sempurna dan tidak ada lagi wahyu setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, maka atas dasar logik, ada yang berpendapat bahawa malam mulia itu tidak akan hadir lagi. Kemuliaan yang diperoleh pada malam tersebut adalah kerana ia terpilih menjadi waktu turunnya al-Quran.

Pakar hadis, Ibnu Hajar menyebutkan satu riwayat dari penganut fahaman di atas ia menyatakan bahawa nabi s.a.w pernah bersabda bahawa malam lailatulqadar tidak akan datang lagi.

Pendapat tersebut ditolak oleh majoriti ulama kerana mereka berpegang pada teks ayat al-Quran serta sekian banyak teks hadis yang menunjukkan bahawa lailatulqadar terjadi pada setiap bulan Ramadan. Bahkan Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya untuk mempersiapkan jiwa menyambut malam mulia itu, secara khusus pada malam-malam ganjil setelah berlalu dua puluh Ramadan.

Suatu ketika Rasulullah saw bersabda kepada umatnya yang sedang berkumpul diMasjid menunggu Lailatul Qadar kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menjelaskan apa yang dimaksudkan lailatulqadar dan bila ia berlaku. Sabdanya: “apa yang kamu tunggu-tunggu malam ini akan datang kerana aku telah melihat dalam visi (ruk’yah) bahawa akan berlaku hujan lebat kemudian aku berlumuran lumpur dan basah kuyup oleh air.” Kemudian mereka yang berkumpul itupun bersurai.Ternyata malam itu memang terjadi hujan lebat.

Justeru bangunan masjid di zaman nabi s.a.w diperbuat dari daun kurma maka air hujan mudah menitis masuk ke dalam lantai masjid yang bertanah. Umat Islam yang ada pada saat kejadian tersebut melihat apa yang dikatakan nabi s.a.w. Nabi s.a.w dengan mukanya yang basah kuyup dan badannya yang berlumuran tanah liat.Lalu apa yang dimaksud dengan Lailatul Qadar itu oleh Nabi?Kerana Nabi mengatakan “Itulah  yang kau tunggu-tunggu.”

Justeru lailatulqadar adalah persoalan rohani, maka tidak ada kata-kata yang mapan untuk menjelaskan. Ia hanya boleh diungkapkan melalui simbol-simbol atau metafoar-metafora.

Di sinilah timbul masalah tafsir dan takwil di mana nabi s.a.w dengan lumpur dan basah dengan air sebenarnya adalah suatu peringatan kepada kita bahawa tingkat paling tinggi dari pengalaman rohani itu ialah kalau kita sudah kembali ke asal kita. Dari mana kita berasal kalau tidak dari tanah dan air.Allah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud”Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah.Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina(air mani)”(Surah Al-Sajdah ayat 7-8) Dalam surah Yasin ayat 77 juga diingatakn”Dan apakah manusia tidak menperhatikan bahawa kami menciptakannya dari setitik air(mani),maka tiba-tiba ia menjadi penetang yang nyata”Maka dengan berlumuran Lumpur dan basah kuyupnya oleh air itu,sebenarnya merupakan simbolisme kita harus kembali menyedari siapa diri kita.

Kita harus menyedari siapakah kita di sisi Allah dan harus menjadi manusia yang berhati rendah dan janganlah menjadi manusia yang takbur yang membuat pintu syurga tertutup rapat dan tidak dapat masuk ke dalamnya.

Ini semuanya mensyaratkan adanya kesedaran untuk kembali kepada Allah swt.Pulang kepada Allah itu kemudian dimulai dengan pulang ke tanah.Jadi yang dialami nabi saw ialah satu simbolisasi bahawa kita pun akan kembali ketanah,juga kembali menjadi air.

Tidak ada kebahagiaan yang ingin dicapai melainkan kebahagiaan hakiki di sisi Allah s.w.t. Inilah yang kita cari dalam tahap rohani puasa ini yang kita alami melalui satu simbolisasi dari lailatulqadar. Tetapi semuanya memang harus dimulai dengan tanah dan air dengan kata lain, kesedaran tentang diri kita yang sesungguhnya.

Catatan :Ibnu Shaukat

No Comments

    Leave a reply