Siri 20 – Kejian

DISKUSI POLITIK BERADAB

Tazkirah Siyasah – Siri 20

Kejian.

 “Tidak ada suatu kata yang diucapkannya (manusia) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).”

(Surah Qaaf: 18)

Dari Abu Musa r.a, ia berkata: Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, siapakah yang paling utama di antara kaum muslimin?’ Baginda menjawab: ‘Orang yang lidah dan tangannya tidak menyakiti orang-orang Islam.’

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Abu Hurairah r.a bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sesungguhnya ada seorang hamba yang mengucapkan suatu perkataan tanpa difikirkannya terlebih dahulu, lalu dengan perkataan itu ia tergelincir ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat.’

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Itulah satu simpulan bahasa yang sesuai sudah wujud sejak dahulu lagi. Bahaya tersalah kata atau tersalah ucap sebenarnya akan memberi padah yang sangat buruk. Sesiapa yang berkata kotor bukan sahaja akan menerima akibat di dunia, tetapi balasan neraka terhadapnya juga menanti di akhirat kelak.

Kutukan, hinaan dan cacian ialah kata-kata kotor yang tidak patut diucapkan oleh manusia kerana akan mewujudkan konflik awal yang seterusnya akan mencetuskan perbalahan atau persengketaan. Masyarakat yang kuat ialah masyarakat yang menjaga bahasanya kerana bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Kerajaan kita pada hari ini melalui banyak usaha amat mementingkan bahasa dengan menggunakan slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dalam memartabatkannya untuk diterapkan ke dalam generasi kita dan generasi akan datang. Jagalah setiap tutur kata kerana setiap kata-kata kotor itu melambangkan siapa diri dan masyarakat kita yang sebenar.

Wahai Tuhan kami, Ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

No Comments

    Leave a reply