Siri 5 – Namimah

DISKUSI POLITIK BERADAB

Tazkirah Siyasah – Siri 5

Namimah

“Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah-belahkan orang ramai).”

(Surah al-Qalam: 11)

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Mahukah kalian Ku beritahu tentang apa itu al-‘Adhhu? Al-‘addhu adalah mengadu domba, menyebarkan isu di antara manusia.

Hadis Riwayat Muslim.

Namimah bermaksud menyebarkan informasi atau maklumat di tengah-tengah masyarakat untuk merosakkan hubungan antara mereka. Adu domba pula bermaksud perbuatan memperlagakan satu pihak supaya bermusuh-musuhan dengan pihak yang lain. Sifat ini dalam hadis lain ada menerangkan bahawa seksa kubur sudah pasti dan tidak akan masuk syurga kepada mereka yang selalu mengadu domba dengan tujuan untuk memecah-belahkan kumpulan masyarakat.

Bidang politik adalah salah satu profesyen yang perlu berwaspada dengan golongan namimah ini sama ada di pihak sendiri ataupun sebaliknya. Ahli politik perlu bijak membezakan manusia yang mempunyai niat tersembunyi yang tidak baik terhadap mereka. Kelemahan dalam mengenal pasti golongan ini akan menyebabkan kegagalan dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian negara.

Ya Allah, kuatkan iman kami, ampunkan dosa-dosa kami, kurniakanlah kami akal fikiran yang baik. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim.

No Comments

    Leave a reply