Siri 7 – Perpaduan

DISKUSI POLITIK BERADAB

Tazkirah Siyasah – Siri 7

Perpaduan.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai…”

(Surah ali-Imran: 103)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah…”

(Surah al-Hujurat: 10)

Dari Anas bin Malik r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Barangsiapa ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim.’

Hadis Riwayat Bukhari

Perpaduan ialah satu istilah yang mengaitkan hubungan antara manusia dalam bentuk ikatan positif yang kukuh. Islam sangat menganjurkan perpaduan ukhwah kerana hanya dengan perpaduan, umat Islam mampu berdiri teguh di persada dunia. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa penyatuan antara kaum muhajirin dan ansar semasa peristiwa hijrah telah menunjukkan bahawa dengan semangat perpaduan, mereka mampu menggugat kerajaan Rom dan Parsi pada ketika itu demi untuk menegakkan syiar Islam.

Peristiwa-peristiwa seperti ini sepatutnya dijadikan sebagai contoh dan tauladan oleh masyarakat Malaysia dalam membentuk sebuah masyarakat yang padu dari segenap segi. Semangat perpaduan ini tidaklah hanya melibatkan individu atau organisasi tertentu tetapi perlu dilaksana secara menyeluruh oleh seluruh kepimpinan negara dan rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.   Perpaduan ini akan menjadi sumber kekuatan kepada Malaysia dan umat Islam untuk mengelakkan diri daripada kehancuran atau perpecahan hasil rancangan anasir-anasir negatif musuh negara mahupun musuh Islam sendiri.

Ya Allah, kuatkan iman kami, ampunkan dosa-dosa kami. Ya Allah sesungguhnya aku bermohon kepadaMu kuatkan ikatan silaturrahim antara kami, teguhkanlah hati kami, damaikanlah persengketaan yang ada di antara kami. Semoga dengan rahmatMu Ya Allah kami berjaya mengekalkan perpaduan serta bersatu hati untuk meneruskan kemaslahatan umatMu.

No Comments

    Leave a reply