Siri Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sebenar (1)

 

قال الشيخ الإمام بركة الأنام عبد الله باعلوي الحداد نفع الله به و بعلومه آمين فى النصائح

Berkata Asy-Syaikh Al-Imam Barokatul Anam ‘Abdullah Ba’alawiy Al-Haddad [semoga Allah memberi manfaat Beliau dan ilmu-ilmu beliau] dalam kitab An-Nasaih

 

خاتمة الكتاب :: في عقيدة وجيزة جامعة نافعة إن شاء الله تعالى على سبيل الفرقة الناجية و هم أهل السنة و الجماعة و السواد الأعظم من المسلمين

Penutup Kitab : menerangkan Aqidah/keyakinan yang ringkas , menyeluruh , bermanfaat Insya Allah Ta’ala mengikuti jalan golongan yang selamat iaitu Ahlussunnah wal Jama’ah dan As-Sawad Al-A’dhom / Majoriti Umat Islam

 

الحمد لله وحده و صلى الله على سيدنا محمد و آله و صحبه و سلم و بعد

Segala puji hanya bagi Allah semata , Semoga Allah mencurahkan Rahmatnya atas junjungan kita Nabi Muhammad , keluarga , dan sahabatnya dan semoga Allah mencurahkan keselamatanNya. Selanjutnya …

 

فإنا نعلم و نعتقد و نؤمن و نوقن و نشهد أن لا إله إلا الله و حده لا شريك له إله عظيم ملك كبير لا رب سواه و لا معبود إلا إياه

Maka sesungguhnya kita mengetahui , meyakini , percaya , yakin sepenuhnya dan bersaksi bahawa Tidak ada Tuhan selain Allah semata , tiada sekutu bagiNya , Tuhan yang Maha Agung , Raja yang Maha Besar , tiada Robb selainNya , tiada sesembahan kecuali kepadaNya

 

قديم أزلي دائم أبدي لا ابتداء لأوليته و لا انتهاء لاخريته

Dzat yang Maha Dahulu lagi Azaliy , tiada permulaan bagi dahuluNya , tiada akhiran bagi keabadianNya

 

أحد صمد لم يلد و لم يولد

Tuhan Yang Maha Esa , Tempat bergantung , tidak melahirkan dan tidak dilahirkan

 

و لم يكن له كفوا أحد

Tiada seorang pun yang menyamainya

 

لا شبيه له و لا نظير و ليس كمثله شيء

Tidak ada bagiNya yang menyerupai , tidak ada yang menyamai dan tiada sesuatu apapun yang menyerupaiNya

 

و هو السميع البصير

Dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Melihat

 

و أنه تعالى مقدس عن الزمان و المكان و عن مشابهة الأكوان

Dan sesungguhnya Allah Ta’ala dibersihkan dari zaman/waktu dan tempat dan dari menyerupai makhluk

 

ولا تحيط به الجهات

Dan Allah tidak diliputi arah

 

و لا تعتريه الحادثات

Dan Allah tidak didatangi perkara-perkara baru

 

Keterangan: tidak ada penambahan , pengurangan dan perubahan pada Allah dan sifatNya

 

مستو على عرشه على الوجه الذي قاله و بالمعنى الذي أراده استواء يليق بعز جلاله و علو مجده و كبريائه

Allah beristiwa’/menguasai/menjaga arsyNya sebagaimana yang difirmankan sesuai makna yang Ia kehendaki , dengan istiwa’ yang sesuai dengan sifat Keluhuran ke Maha AgunganNya , ketinggian ke Maha AgunganNya dan sifat Sombong/ke Maha BesaranNya

 

و هو أقرب للإنسان من حبل الوريد

Dan Allah lebih dekat bagi manusia dari pada otot lehernya

 

و على كل شيء رقيب و شهيد

Dan atas segala sesuatu Ia Maha Melihat dan Menyaksikan

 

حي قيوم

Allah Maha Hidup dan Berdiri sendiri/tidak memerlukan sesuatu/orang lain

 

لا تأخذه سنة و لا نوم

Allah tidak tersentuh kantuk dan tidur

 

Keterangan: Wajib bagi setiap mukallaf mengetahui dan meyakini bahawa Allah tidak mengalami kantuk dan tidur , kerana kantuk dan tidur adalah sifat Naqs/kurang yang tidak layak ada pada Allah , kantuk dan tidur adalah salah satu sifat makhluk Allah. Adapun meyakini bahawa Allah mengalami kantuk atau tidur atau mati adalah kekufuran

 

بديع السماوات و الأرض

Allah Zat yang menciptakan langit dan bumi

 

Keterangan: Wajib bagi setiap mukallaf mengetahui dan meyakini bahawa langit dan bumi ada kerana diciptakan Allah Ta’ala , sehingga langit dan bumi adalah makhluk atau hawadits [sesuatu yang baru] . Tidak boleh kita meyakini bahawa alam semesta ini wujud sendiri atau tanpa diciptakan atau ada tanpa permulaan kerana setiap makhluk mempunyai sifat lemah sehingga tidak mampu menciptakan dirinya atau menciptakan makhluk lain , penciptaan hanyalah milik Allah.

 

muslimmedianews.com

No Comments

    Leave a reply