SPRM KESAN EMPAT INDIVIDU BANTU SIASATAN 1MDB

BANGI, 26 Ramadan 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan empat individu, termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM meminta empat individu berkenaan tampil atau menghubungi suruhanjaya itu dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan.

Antara individu terbabit ialah Tan Kim Loong, 40, dengan nombor kad pengenalan 780213-14-6207 dan alamat terakhir Nombor 20 M Jalan 5/40 Taman Pusat Kepong, 52000 Kuala Lumpur.

Individu kedua dikenal pasti adalah Tan Keng Chee, 53, dengan nombor kad pengenalan 620207-106975, jawatan terakhir adalah pegawai 1MDB dan alamat terakhir ialah 112 Jalan 5/149G Taman Sri Endah, 57000 Kuala Lumpur.

SPRM turut mengesan Geh Choh Heng, 47, yang juga pegawai 1MDB sebagai jawatan terakhirnya, dengan nombor kad pengenalan 710905-10-5453, dan alamat terakhir 27 Jalan Setia Murni Satu Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

Sementara individu wanita yang dicari adalah Loo Ai Swan, 45, dengan jawatan terakhir sebagai pegawai 1MDB dengan nombor kad pengenalan 730613-14-5160 dan alamat terakhir di 25 Jalan Beringin 2 Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.

SPRM juga meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubungi Penguasa Nur Aida Arifin di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan : 0323) atau emel kepada [email protected] atau menghubungi Penguasa Nahar Haris di talian 03 – 8870 0000 (Sambungan: 0388) atau emel kepada [email protected] atau menghubungi mana-mana pejabat SPRM yang berhampiran.

Sumber : Ismaweb.net

Tags: , ,

No Comments

    Leave a reply