SYAH WALIYULLAH

Salah seorang tokoh pembaharuan dan ahli sufi terkemuka dari India ialah Syah Waliyullah. Nama penuhnya ialah Qutubuddin Ahmad Syah Waliyullah bin Abdurrahim al-Dihlawi. Beliau dilahirkan di Delhi, sehingga mendapat gelar al-Dihlawi (orang Delhi). Syah Waliyullah berasal daripada keluarga terkemuka. Salasiah keluarganya hingga kepada Umar bin al-Khattab daripada keturunan ayahnya, dan Ali bin Abu Talib daripada keturunan ibunya. Beliau memperoleh pendidikan daripada ayahnya Abdurrahim, ahli sufi dan ulama pengasas Madrasah Rahimiah di Delhi. Di Madrasah itulah, beliau mempelajari ilmu agama, termasuk tasawuf. Kemudian beliau mencurahkan ilmunya madrasah itu. Setelah sempat belajar di Makkah dan Madinah, Syah Waliyullah kembali menjadi pengajar di madrasah itu hingga akhir hayatnya.

ABU TAHIR

Selama 2 tahun, Syah Waliyullah tinggal di Makkah dan Madinah. Beliau banyak memperoleh ilmu agama, terutama tentang hadis dan tasawuf, daripada ulama terkemuka di kedua-dua kota suci tersebut. Gurunya yang paling penting di Tanah Suci itu ialah Syeikh Abu tahir al-Madani, seorang ulama Syafie dan ahli sufi terkemuka di Hijaz pada masa itu. Selain menerima ijazah untuk mengajar dan meriwayatkan hadis, Syah Waliyullah juga diterima dalam tarekat yang diikuti Abu Tahir.

SYAH WALIYULLAH

  • 1703- Lahir di Delhi (21 Februari)
  • 1708- Memasuki pendidikan asas
  • 1710- Telah mampu menghafal kandungan al-Quran
  • 1718- Masuk Tarekat Naqksyabandiyah
  • 1720-1730- Mengajar di Madrasah Rahimiah
  • 1730-1732- Tinggal di Makkah dan Madinah
  • 1732- Kembali mengajar di Madrasah Rahimiah
  • 1762- Meninggal dunia di Delhi (10 Ogos)

PENDAMAI

Syah Waliyullah berusaha mendamaikan doktrin wahdah al-wujud (kesatuan wujud) Ibnu Arabi dengan doktrin wahdah al-syuhud (kesatuan kesaksian) Ahmad Sirhindi. Beliau yakin bahawa kedua-duanya benar. Beliau mengatakan bahawa selama ini wahdah al-wujud sering difahami sebagai doktrin yang menghilangkan perbezaan antara Tuhan dengan alam. Dengan mempertahankan perbezaan itu, wahdah al-wujud tidak bertentangan dengan wahdah al-syuhud.

ABDUL AZIZ

Pemikiran Syah Waliyullah amat berpengaruh lama dunia Islam. Di India sendiri, pengaruhnya disebarkan menerusi murid dan anak-anaknya, terutama anak sulungnya, Syah Abdul Aziz. Melalui Abdul Aziz unsure pemurnian dalam ajarannya menjadi lebih menonjol, namun tetap tidak menghilangkan sufi ortodoksnya. Gerakan ini semakin kuat di tangan murid Syah Abdul Aziz yang kemudian mengubahnya menjadi gerakan jihad.

KARYA

Syah Waliyullah menyampaikan pemikirannya menerusi karyanya. Dengan karyanya itu, beliau berjuang untuk memperbaik keadaan umat Islam India yang pada masa itu sedang dalam krisis politik, social, intelektual dan agama. Salah satu karyanya yang terkenal ialah kitab al-Fauz al-Kabir fi Usul at-Tafsir (Kemenangan Besar dalam Usul Tafsir). Di dalamnya Syah Waliyullah secara berani mengemukakan pendapatnya yang sebenar dalam bidang ilmu al-Quran.

Susunan Ibnu Majid

No Comments

    Leave a reply