SYAIKH MUHAMMAD AL- GHAZALI

Biografi Syaikh Muhammad Al- Ghazali ini saya tulis berdasarkan pengenalan saya dengannya  dan  proses belajar saya kepadanya. Biografi ini sebahagian  haknya yang harus saya tunaikan,   bukti kesetiaan orang yang pernah berguru kepadanya dan kenangan yang sebahagiannya sudah berlalu hamper setengah abad.

Penulisan biografi Syaikh Muhammad Al- Ghazali telah banyak digarap orang- orang yang mengenal kemuliaan dan kedudukannya, baik saat beliau masih hidup atau setelah wafat. Antara lain,  Syaikh Yusuf Al- Qaradhawi yang lebih dekat dan lebih lama menyertainya daripada saya.

Syaikh Muhammad Al- Ghazali yang saya kenal.

Saya mulai kenal Ustadz Al- Ghazali dari membaca tulisan- tulisannya di Majalah Al- Ikhwanul Muslimun yang sampai ke pejabat perwakilan Ikhwanul Muslimin, Az- Zubair pada tahun 1946.

Ketika saya dating ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tahun 1949, saya mengenal Syaikh Muhammad Al- Ghazali melalui saudara- saudaraku yang mulia, antara lain Manna’ Qathan, Muhammad Bakri, Yusuf Al- Qaradhawi,, Ya’acub Abdul Wahab, Ahmad ‘Assal, Muhammad Shafthawi. Muhammad Damirdasy. Dan Haji Wahbah Hasan Wahbah.

Kami memiliki jadual pertemuan rutin denganSyaikh Muhammad Al- Ghazali. Di pertemuan itu ia membekalkan kami ilmu yang bermanafaat, member semangat kepada kami untuk berjuang di jalan Allah S.W.T. dan membela kaum lemah, menyedarkan kami perihal konspirsi musuh- musuh Islam di dalam dan luar negeri, mengungkapkan rancangan- rancangan jahat  mereka untuk memerangi Islam dan kaum muslimin, membongkar kejahatan Komunisme, Sekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistenisme, Salibisme dan Zionisme. Beliau sentiasa mengingatkan kami tentang persengkokolan kekuatan- kekuatan jahat untuk melawan Islam dan dainya, serta menjelskan kepada kami cara melawan serangan kekuatan kufur.

Ustadz Muhammad Al- Ghazali dai yang bijak (cerdik), memiliki semangat menggelora, keimanan mendalam, perasaan lembut, tekad membara, lincah, kata-katanya bersastra, terkesan dan mengesankan, simple dan pemurah. Ini semua diketahui setiap orang yang pernah hidup bersamanya, menyertai atau bertemu dengannya.

Beliau tidak suka sikap memaksa diri (takalluf), benci kesombongan dan sikap suka ambil tahu, aktif mengikut perkembangan social dengan segala persoalannya, ikurt menyelesaikan masalah umat, mengungkap hakikat dan mengingatkan umat tentang bencana yang sering ditimbulkan syaitan- syaitan manusia dan jin; baik dari Barat mahupun Timur.

“Syaikh Muhammad Al- Ghazali salah satu tokoh Islam abad modern. Beliau seorang dai yang sukar ditemukan tandingannya di dunia Islam saat ini. Beliau Genius dan keindahan kata- katanya menawan hati, himgga saya dapat menghafal beberapa ungkapan- ungkapannya, bahkan beberapa lembar tulisannya, selalu mengulangi teks aslinya di beberapa ceramah.” Demikian kata- kata dri Dr. Yusuf Al- Qaradhawi di bukunya Asy- Syaikh Al- Ghazali Kama ‘Araftuhu (Syaihk Al- Ghazali yang Saya Kenal)

Di kesempatan lain Dr. Yusuf Al- Qaradhawi berkata, “ Saya teringat saudaraku, Abdullah Al- Aqil, yang belajar di Fakulti Syariah Al- Azhar, Mesir, pada awal tahun lima puluhan. Beliau hafal mukadimah buku karya Al- Ghazali,  Al- Islam wa Audla’ul Iqtishadi. Cetakan kedua yang teks awalnya berbunyi. “Tiada bangsa yang menghinakan didri seperti bangsa Timur, tiada yang hak- haknya dirampas sebagaimana dirampasnya hak- hak agama dan seterusnya…

Pertemuan Syaikh Muhammad Al- Ghazali dengan An- Nadwi

Syaikh Abu Hasan An- Nadwi,di bukunya Mudzakkirat Sa- ihin Fisy Syarqil ‘Arabi, berkata,  “Saya ingin sekali bertemu Syaikh Muhammad Al- Ghazali. Kerana seorang mahasiswa bernama Aabdullah Al- Aqil banyak bercerita dan memujinya, bahkan menghadiahkan beberapa karangannya kepada saya. Syaikh Muhammad Al- Ghazali salajh satu tokoh Ikhwanul Muslimin terkemuka dab\n penulis kebangkitan keagamaan di Mesir.

Akhirnya saya dapat bertemu penulis buku Al- Islam wa Audla’ul Iqtishadi, Al- Islam wal Manahijul Isytirakiyah, Al- Islam Al- Muftara’Alaih dan Min Huna Na’lam ini. Saya bertemu dengan seorang lelaki yang menyajikan makanan pemikiran, ruhani dan adab Islam yang murni. Bahagianya hati saya dapat bertemu dengan orang solih, intelek, dinamis, hidup hatinya, otaknya, ‘brilliant’ dan wajahnya memancarkan kegembiraan.

Tempat, Tarikh Lahir dan Masa kecil Muhammad Al- Ghazali.

Syaikh Al- Ghazali lahir pada 22 September 1917, di Kampung Naklal Inab, Itay Al- Barud, Buhairah, Mesir. Ia dibesarkan dalam keluarga yang kuat agama dan sibuk di dunia perdagangan. Ayahnya Haffizh Al- Quran. Jadi tidak hairanlah si anak mengikut jejak langkah ayahandanya dasn telah menghafal al- Quran semenjak usia sepuluh tahun lagi.

Syaikh Muhammad Al- Ghazali menerima ilmu dari guru- guru di kampungnya. Beliau masuk sekolah agama di Iskandariah  dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Kemudian pindak ke Khaherah untuk melanjutkan kuliah di Fakulti Ushuluddin dan mendapat ijazah tahun 1361H/ 1943M. Beliau mengambil pengajian khusus dalam bidang Dakwah wal- ‘Irsyad dan mendapat gelaran ‘Magister’ pada tahun 1362H/ 1943M. Para pengajar yang paling berpengaruh ketika beliau menjadi pelajar ialah Syaikh Abdul Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim AL- Gharbawi, Syaikh Abdul ‘Azhim Az- Zarqani dan lain- lain.

Syaikh Muhammad Al- Ghazali menikah semasa beliau masih belajar di Fakulti Ushuluddin dan dikurniakan Sembilan anak.

 Aktiviti- Aktiviti Syaikh Muhammad Al- Ghazali

Setelaah selesai menjadi pelajar university. Syaikh Muhammad Al- Ghazali menjadi imam dan khatib di Masjid Al- ‘Atabah Al- Khadlra’. Selepas itu beliau memegang banyak jawatan seperti : Dewan Pengawas Masjid, Dewan Penasihat Al- Azhar, Wakil Dewan Urusan Masjid. Direktor Urusan Masjid, Direktor Bahagian Latihan, Direktor Dakwah wal Irsyad (Dakwah dan Penyuluhan).

Tahun 1949 Syaikh Muhammad Al- Ghazali mendekam di Penjara Ath- Thur selama satu tahun dan Penjara Tharah tahun 1965 selama beberapa waktu.

Syaikh Muhammad Al- Ghazali menjadi dosen tamu di Universiti Ummul Qura, Makkah Al- Mukarramah pada tahun 1971. Tahun 1981 beliau menjadi Wakil Menteri, kemudian memegang jawatan Ketua Dewan Keilmuan Universiti Al- Amir Abdul Qadir Al- Jazaairi Al- Islamiyyah di Aljazair selama lima tahun.

Karya- Karya Ilmiah Syaikh Muhammad Al- Ghazali

Syaikh Muhammad Al- Ghazali mewariskan enam puluh buku lebih dalam berbagai tajuk, ceramah, seminar, khutbah, nasihat, kajian, dan dialog yang disampaikan di Mesir mahupun di luar Mesir. Khutbah yang beliau sampaikan di Jami’ Al- Azhar, Jami’ ‘Amr bin Al-‘Ash dan khutbah  ‘Id di Lapangan “Abidin serta Jami’ Mahmud punya erti dan pengaruh yang sangat besar sebab dihadiri ribuan pendengar.

Buku- buku karya Syaikh Muhammad Al- Ghazali yang terbit lebih dari sekali, baik di Mesir mahupun di Luar Mesir sangat banyak. Sebahagian antaranya ialah :

  1. Al- Islam wal Audla’ul Iqtishadiyah.
  2. Al- Islam wal Manahijul Isytirakiyah.
  3. Min Huna Na’lam
  4. Al- Islam wal Istbadadus Siysai
  5. Aqidatul Muslim.
  6. Fiqhus Sirah.
  7. Zhalamun minal Gharb.
  8. Qadza-iful Haq.
  9. Hashadul Ghurur
  10. Jaded Hayatak.
  11. Al- Haqqul Murr.
  12. Raka- izul Iman bainal ‘Aqli wal Qalb.
  13. At- Ta’ashub wat Tasamuh bainal Masihiyah wal Islam.
  14. Ma’allah
  15. Jihadud Da’wah baina ‘Ajzid Dakhil wa Khaidil Kharij.
  16. Ath- Thariqu min Huna
  17. Al- Mahawirul Khamsah lil Qur’anil Karim.
  18. Ad- Da’watul Islamiyah Tastaqbilu Qarnahal Khamis ‘Asyar.
  19. Dusturul Wihdatitis Tsaqafiyah lil Muslimin.
  20. Al- Janibul ‘Athifi minal Islam dan banyak lagi.

Sebahagian besar buku- buku ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa diantaranya ialah Bahasa Inggeris, Turki, Perancis, Urdu, Indonesia dan lain- lain lagi.

Majoriti penterjemahnya adalah anak murid Syaikh Muhammad Al- Ghazali ,pengagumnya dan orang- orang yang mendapat manfaat dari curahan ilmunya.

Pulang ke Rahmatullah

Syaikh Muhammad Al Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi pada 9hb Mac 1996. Jenazahnya di pindahkan ke Madinah Al- Munawwarah,  untuk dimakamkan di Al- Baqai’. Yang Mulia Amir Abdullah bin Abdul Aziz Ali Sa’ud  berperanan penting dalam memberikan penghargaan kepada Al- Ghazali, baik saat masih hidup mahupun setelah meninggal dunia. Juga memberikan bantuan kepada keluarga beliau.

Semoga Allah S.W.T merahmati syaikh yang mulia ini, Muhammad Al- Ghazali, memberi balasan yang baik kerana jasa- jasanya kepada kaum muslimin.

Catatan: Ibnu Khaldun

No Comments

    Leave a reply