Tabung Mydin Prihatin agih dana RM159,537

SHAH ALAM – Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) mula mengagihkan dana Tabung Mydin Prihatin melalui program tanggungjawab sosial korporat yang digerakkan pada Ramadan lalu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, dana yang dikumpul diagihkan kepada 14 rumah anak yatim dan asnaf di seluruh negara bermula November lalu.

Menurutnya, program tersebut mendapat kerjasama syarikat Mamee, Juara Selera, Coca-Cola, Enaq, Nona, Antabax, Gardenia Numee, Sunquick, Enrico’s, P&G, Trichy dan barangan Mydin yang terpilih di platform Shopee.
Katanya, sebanyak 10 sen hingga 50 sen untuk setiap belian barangan terpilih, disalurkan kepada Tabung Mydin Prihatin.

“Sebanyak RM159,537.72 berjaya dikumpul melalui jualan produk tersebut dan RM59,455 akan diagihkan sendiri oleh Mydin, manakala selebihnya oleh syarikat P&G dan Nona.

“Sumbangan kepada 14 rumah kebajikan anak yatim dan asnaf berdaftar ini akan diberikan dalam bentuk baucar tunai Mydin bernilai RM4,245 bagi setiap rumah untuk membantu mereka membeli barangan keperluan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sumber : sinarharian.com.my

No Comments

    Leave a reply