Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata ibu-ibu pada zaman ini berdepan cabaran yang sangat memerlukan mereka untuk bergerak pantas dan bijak mengatur strategi keibubapaan.

“Ia sekali gus memacu ahli keluarga menjadi modal insan yang berkualiti. Harapan saya, negara akan lebih maju dengan komitmen yang diberikan oleh anda semua terutama ibu-ibu yang dikasihi,” katanya dalam video berdurasi satu minit 36 saat itu.

Dr. Wan Azizah turut mengambil kesempatan mengingatkan anak-anak supaya menghargai ibu masing-masing sepanjang hayat.
“Ingatlah, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Tahniah dan terima kasih ibu. Anda merupakan insan yang hebat.

“Selamat hari ibu, kitakan keluarga,” katanya.

Hari Ibu disambut pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.-BERNAMA