Tak Perlu layan, PH Sah Meracau!

PH tidak pernah berhenti mendesak agar kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyidin mengatakan Sidang Parlimen bagi memulakan hasrat yang terpendam. Terbaharu, PH menggesa Perdana Menteri memanggil Sidang Khas Parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan memerangi wabak COVID-19 (“PH tuntut Muhyiddin panggil sidang khas parlimen”, Malaysiakini, 14 April 2020)

Sepatutnya PH sedia memahami bahawa Perdana Menteri sudah pun mengumumkan bahawa Sidang Parlimen sudah ditangguhkan dari awal Mac lalu kepada 18 Mei 2020.

Tidak puas hati dengan pemilihan Tan Sri Muhyidin sebagai pengganti Dr Mahathir yang meletakkan jawatan pada 24 Februari lalu, PH yang masih tersisa bilangan wakil rakyatnya menjadi kelam-kabut akibat terlucut kuasa mahukan Perdana Menteri ke-8 mengadakan Sidang Parlimen khas sebagai penentuan atau pengesahan mempunyai kepercayaan majoriti.

Sejak itu, Lim Kit Siang tidak kurang daripada 10 kali mahukan Sidang Parlimen diadakan dan diikuti oleh lain-lain bekas Menteri Malaysia Baru. Mereka mula meracau dan meroyan. Mereka mula menggunakan teknik propaganda hitam dengan kerajaan yang dibentuk selepas Langkah Sheraton itu sebagai kerajaan pintu belakang.

Mungkin istilah itu tidak dapat diterima oleh Presiden PAS, Haji Hadi membalasnya dengan sinis, apa pun namanya, boleh sahaja masuk dari arah manapun termasuk ‘tebuk atap’. Istilah itu menggambarkan ia boleh berlaku apa sahaja dan dinamakan apa sahaja dalam keadaan berkrisis.

Setelah gagal untuk melumpuhkan Perikatan Nasional dengan pelbagai bentuk propaganda, PH mula kembali kepada agitasi politik dengan me lakukan jeyarawara (roadshow) dengan harapan rakyat percaya dan kembali berpihak kepada PH.

Suasana politik jadi sedikit hangat, akhirnya bertukar kalut kepada pemimpin PH bila Perdana Menteri ke-8 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 dan PKP akan mula dilaksanakan dua hari kemudian.

PH merasakan PKP pada awalnya bersifat politik dan tidak cukup dengan itu, beberapa individu yang dikatakan pakar atau professional menyuarakan kritikan agar PKP dibatalkan.

Bagaimanapun, situasi wabak COVID-19, yang dipandang remeh oleh PH sebelum pertukaran kerajaan bukan lagi dikategorikan sebagai epedemik, pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Dunia meletakkan wabak yang mula ditemui di Wuhan sebagai pandemik bila situasi di Eropah begitu membimbangkan. Pandemik bermakna penyakit yang berjangkit secara meluas dan melangkau sempadan. COVID-19 adalah wabak penyakit dalam dunia langkau sempadan sebagaimana sifat dan makna globalisasi yang dimanifestasikan menerusi kemajuan teknologi.

Biarpun begitu, COVID-19 turut memberikan gambaran buruk mengenai dunia maju yang mendakwa mereka mempunyai kepakaran rawatan kesihatan terbaik. Negara-negara maju, terutama Eropah dan Amerika Syarikat sedang berhadapan tsunami kesihatan yang serius. Amerika menjadi juara kematian dan bilang mereka yang positif COVID-19. Amerika Syarikat tidak akan mengaku kalah, sebaliknya siap mencari mereka yang boleh dikaitkan dengan penularan wabak tersebut.

Ada berita, pihak berkuasa Amerika Syarikat sudah berjaya menangkap seorang pakar mikrobiologi daripada sebuah universiti terkemuka yang telah menjual virus itu kepada China. China dikatakan menggunakan virus itu sebagai senjata biologi untuk ‘menakluk dunia’. Ada juga laporan, Amerika Syarikat akan memfailkan ganti rugi kepada China berhubung dengan penularan wabak COVID-19 di negara mereka. Sejauhmanakah dakwaan itu benar, dan sama ada Amerika Syarikat berjaya menyaman China atas dakwaan ‘menyebar virus bahaya’ itu, ia akan menjadi bahan pemberitaan besar selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Iran dan Itali menjadi dua negara terawal dijangkiti COVID-19 dengan begitu besar jumlah mereka yang positif dan mati. Ketika itu, COVID-19 sudah menunjukkan kebarangkalian jangkitan kepada semua orang dan tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi mengekang penularannya. Tujuan PKP ialah untuk memutuskan rantaian jangkitan virus dan pada peringkat awal pematuhan orang awam berada ditahap kurang 80 peratus.

Berlaku juga situasi pembelian panik pada 17 hingga 20 Mac 2020 manakala akibat tidak konsisten arahan, Kementerian Pengajian Tinggi menjadi bahan kritikan. Pada malam 17 Mac berlaku kesesakan melampau di stesen bas apabila mahasiswa diminta mengosongkan asrama mereka.

Jalan-jalan raya turut menjadi sesak apabila warga perantauan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung apabila cuti sekolah di sambung, pejabat ditutup dan hanya premis perniagaan yang berkaitan makanan, farmasi dan perbankan dibenarjan beroperasi dengan waktu perniagaan yang lebih pendek.

DUA orang bekas menteri menjadi begitu ‘cakna’ kepada rakyat dengan tindakannya ‘kembali berani’ turun padang walaupun semasa menjadi menteri amat liat. Mujahid yang ‘sombong’ berubah dengan menyantumi orang ramai mengedarkan ikan percuma.

Khalid yang kebingungan memikirkan penyerahan tuan tanah di Kg BARU, Kuala Lumpur mula membuat tinjauan di beberapa premis perniagaan untuk merakamkan ‘kekurangan bekalan barangan keperluan’ terkedu kerana beras, ikan dan lain-lainnya masih mudah diperoleh.

Setelah tiga kali gagal–desak Sidang Parlimen Khas, membatalkan PKP dan memberi gambaran buruk bekalan makanan–menteri-menteri terlucut kuasa melakukan serangan terhadap Pakej Ransangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.

Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) yang bertemakan Prihatin Rakyat itu memperuntukkan sebanyak RM 250 bilion di mana RM 128 bilion adalah melindung kebajikan rakyat, RM 100 bilion menyokong perniagaan, RM 20 bilion (pakej sebelumnya) dan RM 2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Setelah terkejut dengan jumlah nilai yang besar, menteri-menteri terlucut kuasa sekali lagi memohon agar satu keputusan perlu dibuat menerusi Sidang Parlimen Khas atas alasan ia adalah satu keperluan sebagaimana diperuntukan oleh undang-undang.

PH akhirnya terpaksa mengalihkan isu kepada hal yang lain apabila ‘keabsahan peruntukan PRE’ berjaya disanggah oleh banyak pihak, termasuk bekas Perdana Menteri ke-6.

Najib menjelaskan, kerajaan boleh membentangkan perbelanjaan tersebut selepas ianya selesai dan amalan sedemikian sudah lama berlaku. Bahkan, ketika Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan (Najib menggelarkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewayangan), peruntukan tambahan sebanyak RM 19.6 bilion dibincangkan pada bulan April 2019 sedangkan ia dibelanjakan pada tahun 2018.

Perbelanjaan tambahan itu dibuat apabila kerajaan PH yang mengambil alih pentadbiran negara pada bulan Mei 2018 terpaksa berbelanja melebihi daripada peruntukan Bajet 2018 yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada penghujung tahun 2017.

Sebagaimana sifat politik bebal, menteri-menteri terlucut kuasa mempertikaian pula mengenai jumlah sebenar yang dibelanjakan oleh kerajaan, hanya sekitar RM 20 atau RM 25 bilion manakala selebihnya, bukan peruntukan kerajaan. Biarpun dikritik, Perikatan Nasional terus menunjukkan kaedah penyelesaian dan membantu rakyat yang terhimpit oleh kesukaran merasa lega apabila golongan B40 mula diberikan bantuan kewangan pada 6 April 2020.

Bagi membantu PKS yang terkesan dengan PKP itu, Muhyiddin pada 6 April 2020 memperuntukan bantuan tambahan sebanyak RM 20 bilion. Beberapa isu yang timbul, termasuk nama tiada dalam rekod LHDN bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), diminta untuk mengemukakan permohonan baharu dan memperluaskan BPN kepada pelajar peringkat Diploma, Tingkatan Enam dan setaraf diberikan bantuan sebanyak RM 200 secara ‘one-off’.

Akibat merasa semakin bengang, semalam Anwar menyatakan bahawa PH mencapai persetujuan agar dapat bertemu dengan PM untuk membincangkan beberapa perkara termasuk langkah membencung wabak COVID-19.

Kenapa baru sekarang PH mahu dilibatkan sama dalam tindakan membendung COVID-19?. Persoalan ini menjadi semakin menarik kerana sepanjang PKP dilaksanakan dan tamat dua fasa, PH mula merasakan ‘kepanasan’. Mereka panas kerana rakyat mempersoalkan apakah peranan PH dalam memutuskan rantaian wabak maut itu?

Sebagai pengkritik di peringkat awal dan pendesak, PH tidak menunjukkan tindakan untuk bersama-sama membendung penularan wabak yang berasal dari Wuhan, China itu. Rakyat mula merasa jelek dengan permainan politik PH, di mana sanggup membelakangkan kesejahteraan rakyat demi meraih kuasa dan kepentingan politik.

Apa tidaknya. Ketika wabak COVID-19 dikesan di peringkat awal, PH yang masih berkuasa tidak mengambil tindakan untuk mengekangnya secara tegas, sebaliknya lebih takut kepada risiko ekonomi. Sebenarnya, sejak PH berkuasa, ekonomi negara tidak berkembang sebagaimana diharapkan. PH tidak memberikan tumpuan yang memadai, sebaliknya lebih menumpukan serangan memburuk-burukkan kerajaan terdahulu (bagi melengkapkan dakwaan kleptokrasi), dan yang lebih besar ialah memenuhi agenda politik tertentu.

PH dikatakan didominasi oleh DAP. DAP sejak kemunculannya sukar diterima oleh orang Melayu dan apabila mula ada sedikit kekuatan, DAP berusaha untuk mempengaruhi lebih ramai sokongan orang Melayu. Caranya, menerusi penggabungan dengan parti-parti berasaskan Melayu dan kemudian, bersedia mempengaruhi orang Melayu dengan mencari tokoh-tokoh muda Melayu liberal.

Namun, keadaan itu belum cukup kuat buat DAP untuk menjadi sebuah parti yang lebih besar dan berpengaruh. Lantaran itu, DAP berusaha mendominasi PH dan mempengaruhi kuasa Melayu dengan ugutan dan penyelinapan idealisme ‘meritokrasi’. Idealisme metitokrasi dijenamakan sebagai ‘kebersamaan’ dan dipakejkan menerusi gagasan Malaysia Baru.

Atas sebab itulah Lim Kit Siang dengan sombongnya pernah memberi amaran, sekiranya PH membelakangkan objektif Malasyia Baru, DAP akan meninggalkan PH. Beberapa bula lalu, Lim Kit Siang membuat kenyataan beliau akan bersara sekiranya Dr Mahathir tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Dua kenyataan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa ghairahnya DAP. Malaysia Baru adalah alat DAP untuk mencapai hasratnya manakala Anwar Ibrahim menjadi penggerak utama kepada penterjemahan ‘kebersamaan’ dalam setiap sendi pentadbiran dan pengurusan negara.

Sebab itulah DAP akan terus bersama Anwar dan ketika kemelut politik ekoran peletakan jawatan Dr Mahathir, DAP dengan tegasnya memihak kepada beliau. Ia bukan sesuatu yang luar biasa, bahkan DAP melihat Anwar adalah satu-satunya alat politik yang berkesan sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Anwar bermusuh dengan Dr Mahathir manakala bagi bukan Melayu, Dr Mahathir pernah dianggap sebagai ultra-Melayu. Anwar mengkritik Mahathirisme kerana membina rangkaian kroni dan nepotisme, maka Anwar adalah paling layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, kerana Malaysia ‘bukan Melayu Punya. Negeri ini Cina Punya, India Punya’. Ia menjadi ratib DAP sejak sekian lama, dan ratip itu dipakejkan dalam kerangka baharu iaitu ‘kebersamaan’ kerana istilah meritokrasi masih alergik bagi sebahagian besar orang Melayu.

Malangnya, sepanjang 22 bulan PH memerintah, makna Malaysia Baru tidak berjaya diterjemahkan secara baik dan menarik. Malaysia Baru digelar pula Malaysia Keliru. Keliru dan mengelirukan kerana semakin banyak nilai-nilai statusquo negara dipersoalkan, dan ingin dipinda.

Ia menjadi suatu ‘kebencian terpendam’ orang Melayu kepada PH. Setiap hari orang Melayu mendoakan agar kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal, dan realitinya, hanya mampu berkuasa selama 22 bulan, suatu tempoh masa yang singkat. Perubahan itu dilihat oleh rakyat sebagai makbulnya doa mereka, setelah euforia kemenangan PH pada peringkat awal bertukar menjadi igauan ngeri, atas kelemahannya sendiri.

Manifesto ‘bukan kitab suci’ dan ‘malaikat pun buat silap’. Ia lebih parah lagi apabila bekas pemimpin PAS yang terkenal dengan bai’ah menambah ‘Nabi pun tidak menunaikan janji’ dan warna-warni tidak konsistennya pemimpin PH akhirnya dikarmakan dengan pelucutan kuasa tanpa adanya rampasan kuasa, hanya ditumbangkan oleh angin sepoi-sepoi bahasa.

Rentetan perjalanan politik PH itulah menjadikan rakyat mula tidak percaya lagi. Akibat ketidakpercayaan itulah PH perlu mencari alasan baharu, termasuk ingin bersama menangangi wabak COVID-19 setelah menyedari keupayaannya untuk bangkit adalah sukar akibat sengal-sengal sendi yang dialaminya.

Bahkan dalam keadaan PKP disambung lagi ke fasa ketiga, PH mula terasa lutut politiknya semakin kehilangan cecair. Untuknya menampung berat badan untuk berdiri adalah semakin payah, maka mereka perlu mencari pertolongan di luar kelompok. Itulah sebabnya PH semakin berharap agar PM sedia menemui mereka, dan pertemuan itu sedikit sebanyak boleh dimanipulasikan.

Semua orang tahu, Anwar memang bijak mengenai strategi manipulasi politik. Beliau memang mahir mengacah dan mengalihkan isu, maka ini kalilah Anwar benar-benar mahu menunjukkan kebolehannya setelah lama hanyut dalam ‘penantian’.

Tidak hairanlah jika setiap hari kedengaran suara-suara meracau bekas menteri terlucut kuasa; itulah tabiat mereka sebelum berkuasa dan menjadi semakin kuat selepas terlucut kuasa. Ada yang memberikan respon, Tan Sri Muhyiddin sepatutnya tidak melayan kemahuan PH. Jika memberikan ruang, mereka akan memanipulasikan apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut dan jika tidak diberikan peluang, meraka akan menuduh Perdana Menteri ‘gunakan COVID-19 sebagai alat politik untuk mengukuhkan kuasa’.

Rakyat kebanyakan merasakan Tan Sri Muhyiddin tidak perlu melayani mereka, selagi meraka dilayan selagi itu meracaunya tidak akan berhenti. Biarlah mereka meracau dan meroyan tanpa perlu dilayan, kerana semakin dilayan semakin besar kepala.

PM tidak perlu memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membandung COVID-19 secara dwiparti, Kalau benar PH jujur dan ikhlas, PH boleh laksanakan dan berganding bahu dengan PN, bukannya sekadar berretorik dengan Sidang Khas Parlimen. Itu adalah alasan untuk mencari populariti dan menggunakan keistimewaan Parlimen sebagai alat menonjolkkan kekecewaan selepas terlucut kuasa.

Monosin Sobri

No Comments

    Leave a reply