TARIKH HIJRAH

Islam mengikut tarikh hijrah dikira sejak hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah (622M). Pengiraan hari dan bulan Hijrah adalah berdasarkan peredaran bulan. Oleh sebab itu, tarikh Hijrah juga dinamakan tarikhQamariah (Arab: al-qamar = bulan).

Nama 12 bulan yang kini digunakan sudah ada sebelum masa Islam. Nama bulan seringkali mengikut musim atau perilaku orang Arab (khususnya pemuda) dengan nama hari. Dalam bahasa Melayu digunakan nama (Isnin-Ahad) yang dipakai orang Arab pra-Islam.

Penetapan hijrah Nabi Muhammad s.a.w sebagai tarikh awal Islam bermula daripada keturunan Ali bin Abu Talib (khalifah ke-4) kepada Khalifah Umar (khalifah ke-2) kerana peristiwa hijrah merupakan kejayaan awal perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menegakkan Islam.

Pengiraan hari, bulan dan tahun berdasarkan peredaran bulan (pengiraan Qamariah). Pengiraan waktu berdasarkan matahari dan bulan disebut dalam surah Yunus ayat 5. Manakala pengiraan 1 tahun 12 bulan disebut dalam surah al-Taubah ayat 36 dan 37. Ada bulan yang terdiri daripada 30 hari ialah bulan ganjil (1,3,5,7,9 dan 11) dan yang terdiridaripada 29 hari ialah bulan genap (2,4,6,8,10 dan 12).

Tarikh Hijrah atau Qamariah adalah berdasarkan peredaran bulan (Arab: qamar) mengelilingi bumi. Satu tahun Qamariah terdiri daripada 12 bulan, 354 hari, 8 jam, 47 minit dan 36 saat. Setiap bulan terdiri daripada 29 hari, 12 jam, 44 minit dan 3 saat.

TAHUN GAJAH

Sebelum ada penetapan tahun Hijrah, orang Arab menamakan sesuatu tahun mengikut peristiwa luar biasa yang terjadi pada tahun tersebut, misalnya Tahun Gajah pada kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Tahun pertama (622) Nabi Muhammad s.a.w di Madinah disebut sebagai Tahun Azan kerana pada tahun itu disyariatkan azan.

Tahun ke-2 (623) Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dinamakan Tahun Izin Perang, Tahun Puasa, Tahun Zakat (Tahun Korban) kerana pada tahun itu disyariatkan keizina berperang, puasa, zakat dan korban.

Selain itu, tahun ke-9 (629), tahun Nabi Muhammad s.a.w menetap di Madinah disebut sebagai Tahun Taubah. Dalam surah ini dinyatakan bahawa Tuhan dan Rasul-Nya memutuskan ikatan dengan kaum musyrik di Mekah.

Tahun ke-10 (630) disebut sebagai Tahun Perpisahan keranaNabi Muhammad s.a.w. mengerjakan haji di Mekah.

PENETAPAN TAHUN HIJRAH

Tahun Hijrah ditentukan oleh Khalifah Umar pada 17 H/638 M. Untuk menetapkan pengiraan tahun Hijrah, Umar mengundang para sahabat. Ada sahabat yang mengusulkan tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dikira sebagai permulaan tahun Islam.

Ada pula yang mengusulkan turunnya wahyu pertama. Yang lainnya mengusulkan PerangBadar (17 Ramadan 2) dan peristiwa penting Nabi Muhammad s.a.w. Ali bin Abu Talib kemudiannya mengusulkan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.aw dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah pada 8 Rabiulawal/20 September 622. Umar menerima usul ini kerana hijrah merupakan titik pemisah di antara masa Mekah dengan Madinah dan merupakan perjuangan awal Nabi Muhammad s.a.w dalammenyebarkan Islam.

MUHARAM

Larangan berperang dimansuhkan pada masa Islam berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 191: “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangikamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telahmengusirkamu.”

Bagi kaum Syiah, Muharam merupakan bulan ratapan atas kematian Hussin bin Ali (meninggal 10 Muharam 61).

SAFAR

Safar (Safar) ialah bulan ke-2 dalam bulan Qamariah yang bererti kosong atau kuning. Pada bulan ini para pemuda Arab keluar rumah untuk berperang, berdagang dan mengembara. Rumah menjadi kosong.

RABIULAWAL

Rabiulawal ialah bulan ke-3 dalam bulan Qamariah. Pada tanggal 12 Rabiulawal disambut harikelahiranNabi Muhammad s.a.w. (Maulud).Perayaaninidisambut di seluruhdunia, meskipun caranya berbeza mengikut budaya tempatan.

JAMADILAWAL DAN JAMADILAKHIR

Jamadilawal (Jamada al-Awwal) ialah bulan ke-5 dalam bulan Qamariah yang bererti kemarau pertama. Pada bulan ini berlaku musim kemarau. Manakala Jamadilakhir (Jamada al-Akhir) ialah bulan ke-6 dalam bulan Qamariah yang bererti kemarau terakhir. Pada bulan ini berlaku kemarau untuk kali terakhir dalam tahun itu.

REJAB

Rejab (Rajab) ialah ulan ke-7 dalam bulan Qamariah yang bererti mulia. Bulan ini dimuliakan oleh orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama daripada ibunya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Kaabah dibuka.

SYAABAN DAN ZULKAEDAH

Syaaban (Sya’ban) ialah bulan ke-8 dalam bulan Qamariah yang bererti berselerakan. Pada bulan ini orang Arab bertebaran pergi ke lembahdan oasis untuk mencari air. Manakala Zulkaedah (Zu al-Qai’dah) ialah bulan ke-11 dalam bulan Qamariah yang bererti yang empunya duduk. Pada bukan ini orang Arab biasanya duduk aja di rumah.

RAMADAN

Bulan ke-9 dalam tarikh Hijrah dinamakan Ramadan yang dari segi etimologi bererti “terik” atau “terbakar” kerana pad bulan ini cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Mengikut masa Islam, bulan Ramadan merupakan bulan ibadat puasa. Selama sebulan ini orang Islam secara khusus berupaya untuk menjauhkan diri daripada segala dosa agar dapat disucikan, dimurnikan atau dikembalikan kepada fitrahnya, yakni kudrat awalnya ketika belum dicemari dosa.

 SYAWAL

Mengikut masa Islam, bulan Syawal bererti “peningkatan kebajikan” setelah melalui masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri atau perayaan yang menandakan kemenangan melawan hawa nafsu.

ZULHIJJAH

Bulan ke-12 disebut sebagai Zulhijjah (Arab: Zu al-hijjah) yang bererti “yang empunyai haji.” Dahulu pada bulan biasanya orang Islam melakukan ibadat haji ke Mekah (Kaabah).

Dalam agama Islam, ibadat haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijjah mengikut contoh Nabi Muhammad s.a.w, yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijjah.

BULAN QAMARIAH

  1. Muharam (Muharram)
  2. Safar (Safar)
  3. Rabiulawal(Rabi’ al-Awwal)
  4. Rabiulakhir (Rabi’ al-Akhir)
  5. Jamadilawal (Jamada al-Awwal)
  6. Jamadilakhir (Jamada al-Akhir)
  7. Rejab (Rajab)
  8. Syaaban (Sya’ban)
  9. Ramadan (Ramadan)
  10. Syawal (Syawwal)
  11. Zulkaedah (Zu al-Qaidah)
  12. Zulhijjah (Zu al-Hijjah)

BULAN ARAB KUNO

Menurut sejarawan Islam, Abu Raihan al-Biruni (973-1048), di kalanganb angsa Arab kuno sudah terdapat nama 12 bulan yang kini tidak digunakan lagi dalam dunia Arab. Nam kuno ke-12 bulan ini ialah al-Mu’tamir (bersamaan dengan Safar dan dianggap sebagai bulan pertama), Najir, Khawwan, Bussan, Hantam (Hanam), Zaba’ (Zubi), al-Asamm, Adil, Nafik, Waghl, Huwa’ danBurak.

NAMA HARI

Pada mulanya orang Arab membahagikan satu bulan kepada tigaba hagian: masing-masing 10 hari dengan nama: Gurar, Nufal, Tusa’, ‘Usar, Bid, Dura’, Zulam, Hanadis (Duhm), Da’adi dan Mihak.

Permulaan hari ditetapkan dengan kemunculan hilal (al-hilal: anak bulan). Seterusnya dipakai satuan yang terdiri daripada 7 hari yang dikenali dengan satu minggu dengan nama: Awwal (Ahad), Ahwan, Jubar, Dubar, Mu’nis, Aruba’ dan Siyar.

Mengikut masa Islam, nama ketujuh-tujuh hari ini ialah al-Ahad, al-Ithnian, al-Thulatha’, al-‘Arabia, al-Khamis, al-Jumu’ah dan al-Sabt yang dimelayukan menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

 

Susunan Salina Ahmad

No Comments

    Leave a reply