Siri 2 – Kejujuran

DISKUSI POLITIK BERADAB

Tazkirah Siyasah – Siri 2

Kejujuran

 “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar.”

(Surah at-Taubah: 119)

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sesungguhnya benar dan jujur itu membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu membawa ke syurga. Seseorang itu akan selalu bertindak benar dan jujur, sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang sangat benar dan jujur...’

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sifat jujur amat digalakkan dalam Islam. Sesiapa sahaja yang sentiasa jujur dalam tindak tanduknya maka kebaikan akan sentiasa berada disisinya. Kejujuran juga bukan hanya berkisar tentang percakapan atau perbualan tetapi juga kejujuran dalam menyebarkan maklumat melalui media internet. Keamanan dan kedamaian akan mudah dicapai jika keseluruhan masyarakat mengamalkan sifat jujur dalam diri serta mampu untuk menjauhkan malapetaka kebinasaan dalam sesebuah masyarakat.

Para pemimpin dan setiap lapisan masyarakat perlu bekerjasama dalam membina sebuah ketamadunan yang jujur. Suasana keamanan dalam kehidupan dapat dirasai oleh kelompok pemimpin bahkan kepada seluruh masyarakat jika sifat jujur ini dipraktikkan sebaiknya. Sifat jujur ini berupaya untuk mengelakkan daripada berlakunya persengketaan atau persengketaan terus berpanjangan. Berlaku jujurlah sesama kita agar hubungan silaturrahim kekal erat demi perpaduan dan kesejahteraan negara.

Ya Allah, kuatkan iman kami, ampunkan dosa-dosa kami, titipkan dan kekalkan sifat kejujuran dalam hati kami.

No Comments

    Leave a reply