Siri 3 – Fitnah

DISKUSI POLITIK BERADAB

Tazkirah Siyasah – Siri 3

Fitnah.

 “Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.”

(Surah al-Baqarah: 191)

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita dusta itu adalah dari golongan kamu. Janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita dusta itu baginya azab yang besar.”

(Surah an-Nur: 11)

Fenomena atau budaya fitnah memfitnah ini sebenarnya tidak hanya terjadi pada dunia hari ini sahaja tetapi telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sebelum Baginda lagi. Tujuan fitnah ini adalah semata-semata untuk menjatuhkan atau menghancurkan keamanan dan perpaduan yang ada demi memuaskan hati sang pembuat fitnah yang majoritinya berkisar tentang kekuasaan. Jika seorang pemimpin berjaya menjadi seorang pemimpin yang baik maka fitnah ini mampu untuk menjatuhkan pemimpin yang baik serta menaikkan pemimpin yang jahat.

Sesiapa yang lemah imannya, lemah jati dirinya akan mudah terjerumus ke arah penyebaran fitnah dan secara tidak langsung membantu menjayakan suatu rancangan fitnah itu. Teknologi pada hari ini juga menjadi salah satu medium memudahkan dalam menjayakan rancangan berbentuk fitnah kerana dengan hanya menekan butang klik maka berita fitnah ini boleh tersebar sehingga serata negeri. Semakin ramai yang terpedaya dengan fitnah, semakin mustahil sesebuah masyarakat untuk mencapai perpaduan dan kemajuan dalam kehidupan hari ini.

Ya Allah, kuatkan iman kami, ampunkan dosa-dosa kami. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka Jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan buruknya fitnah al-Masihuddajjal.

No Comments

    Leave a reply