Siri 4 – Nasihat

DISKUSI POLITIK BERADAB

Tazkirah Siyasah – Siri 4

Nasihat.

 “(Tugas)ku menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku, serta aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

(Surah al-A’raaf: 62)

Dari Abu Ruqayyah Tamin bin Aus ad-Dariy r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Agama adalah nasihat.’ Kami bertanya, ‘Untuk siapa?’ Beliau menjawab, ‘Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi para pemimpin kaum muslimin, serta bagi umat Islam pada umumnya.

Hadis Riwayat Muslim.

Nasihat ialah satu ungkapan yang disampaikan untuk mengajak kepada kebaikan bagi orang yang dinasihatinya. Kaum muslimin diwajibkan untuk menasihati antara satu sama lain kerana nasihat ini dapat mengekalkan keutuhan umat Islam di serata dunia. Nasihat menasihati ini perlu dijadikan salah satu amalan utama dalam masyarakat Malaysia yang majmuk tanpa mengira warna kulit, agama, pangkat atau darjat.

Budaya nasihat menasihati ini tidaklah terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi bebas kepada sesiapa sahaja walaupun nasihat itu berasal daripada lanun. Di samping memberi nasihat kita juga perlu belajar untuk menerima nasihat yang diberikan.  Salah satu kelebihan budaya nasihat dan menerima nasihat ini adalah dapat mengurangkan kesilapan atau pertelingkahan yang mana secara tidak langsung akan menguatkan perpaduan di antara kita. Kuatnya perpaduan antara kita maka teguhlah sebuah masyarakat atau negara.

Ya Allah, kuatkan iman kami, ampunkan dosa-dosa kami, kurniakanlah kami akal fikiran yang baik. Ya Allah, kami memohon agar lembutkan hati kami dalam menerima nasihat dan juga keyakinan dalam memberi nasihat. Dan kuatkan perpaduan dalam hati kami.

No Comments

    Leave a reply