TERAMAT JAHIL MEREKA YANG MENGATAKAN BEKAM ITU SIA-SIA

1. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dr Azman Ismail (Kuala Kedah) yang membangkitkan soalan tentang bekam dalam persidangan parlimen semalam (19/3/19).

2. Juga ucapan terima kasih di atas jawapan positif YB Dato Sri Dr Dzulkifl, Menteri Kesihatan tentang perkara tersebut. Cuma sedikit terkilan kerana pegawai beliau di KKM yang menyediakan jawapan tidak “üpdate” pengetahuan mereka tentang bekam. Jawapan tersebut berdasarkan penelitian pada tahun 2012, hampir sama dengan jawapan orang besar di KKM pada 30 Ogos 2015 apabila saya menghantar surat kepadanya mengenai isu bekam. Saya harap pegawai-pegawai  di KKM bacalah laporan-lsporan terbaharu, janganlah sandarkan jawapan anda kepada rujukan yang melebihi 5 tahun. Jangan ambil langkah mudah apabila menyediakan maklum balas kepada boss anda.

3. Lebih mengelirukan apabila akhbar paling popular memaparkan tajuk sensasi untuk melaporkan berita berkaitan bekam. Itu yang saya katakan kalau dalam hatinya juga begitu, dialah orang yang teramat JAHIL. MENGAPA SAYA BERKATA BEGITU???

4. Rasullullah S.A.W. menggalakkan para sahabat berbekam di samping Baginda S.A.W. sendiri menggunakan teknik berbekam bila sakit. Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda “Sekiranya terdapat kebaikan daripada perubatan kamu maka adalah dengan meminum madu atau turisan bekam atau selaran api, dan aku tidak suka menggunakan besi panas“. HR BUKHARI

5. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda “Sesungguhnya sebaik baik rawatan yang kamu gunakan ialah bekam.”

6. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda “Pada malam aku diisra’kan, aku melalui sekumpulan malaikat dan mereka berkata kepada aku: “Wahai Muhammad, hendaklah kamu berbekam” Sahih Abi Dawud: Al-Albaani

7. Dari Abdul Rahman Bin Abi Nuim, beliau berkata bahawa beliau ada melawat Abu Hurairah pada masa dia sedang berbekam, lalu Abu Hurairah berkata kepadanya: “Wahai Abu Al-Hakam, hendaklah kamu berbekam”, lalu aku berkata kepadanya: “Aku tidak pernah sekali pun berbekam”. Beliau berkata sesungguhnya aku mendengar Rasullullah SAW bersabda; “Sesungguhnya Jibrail memberitahu aku bahawa berbekam itu sebaik-baik rawatan yang digunakan oleh manusia”. Al-Hakim

8. Diriwayatkan dari Salma hamba Rasullullah SAW, beliau berkata: “Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasullullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasullullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam”.

9. KAJIAN SAINTIFIK BEKAM
Pada tahun 2012 saya mengetuai sekumpulan penyelidik dari Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk mengkaji kesan bekam terhadap pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan individu yang sihat, mereka yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam  kalangan subjek ke atas indeks jisim tubuh, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endotelial. Kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh geran MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar).

10. Sembilan puluh tiga subjek yang berumur di antara 30 dan 60 tahun telah menyertai kajian ini. Enam puluh dua individu yang tiada penyakit kronik telah dibahagi secara rawak dan seimbang kepada kumpulan kontrol dan kumpulan intervensi. Bagi kumpulan diabetes, 31 peserta terlibat. Bekam dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan kumpulan diabetes, manakala tiada intervensi dijalankan bagi individu dalam kumpulan kawalan. Dua sesi berbekam telah dilakukan; di permulaan kajian dan pada bulan ketiga. Penilaian telah dilakukan di permulaan kajian, bulan pertama, bulan ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan ke empat untuk semua peserta.

blood cupping

11. Dalam kumpulan bekam tanpa diabetes, terdapat penurunan signifikan paras gula darah (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal (serum urea, kreatinin dan asid urik) dari permulaan kajian kepada bulan pertama, ketiga, dan keempat. Serum trigliserida dan tekanan darah sistolik (SBP) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama. Semua profil serum lipid kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat. Faktor antigen Von Willebrand (VWF) juga menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan keempat. Di akhir kajian, semua profil serum lipid, FBS, serum urea dan kreatinin bertambah baik secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.

12. Begitu juga bagi kumpulan diabetes. FBS, tekanan darah, dan semua parameter fungsi ginjal menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan pertama, ketiga dan keempat. Paras kolesterol keseluruhannya menunjukkan penurunan yang signifikan pada bulan ketiga dan kempat. Untuk serum HDL-C, LDL-C dan antigen VWF, perubahan dilihat pada bulan keempat.

13. Kajian ini mendapati, selain dari mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman, mengambil makanan yang seimbang dan tidak merokok, rawatan berbekam boleh diamalkan sebagai salah satu kaedah perubatan komplementari bagi membantu mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular.

14. Penerangan terperinci hasil kajian boleh diperolehi dalam 2 buah buku yang saya terbitkan, (SAINS BEKAM DAN WET CUPPING THERAPY), pembentangan dan penerbitan saintifik.

15. Selain penerbitan saya banyak lagi penerbitan saintifik terbaharu dari seluruh dunia yang menunjukkan bekam adalah berkesan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit kronik.

16. Yang penting kenalah ikhlas dalam mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul. Jangan termasuk dalam golongan yang Allah sebutkan, “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta” Al-Baqarah 10..

SUMBER: Facebook Prof Dr Aziz Al-Safi Ismail.

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

 

No Comments

    Leave a reply