Tegas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, adalah sesuatu yang mustahil untuk beliau dan Mohamed Azmin menentang Anwar.

“Mungkin selepas itu peringkat-peringkat lain akan berlaku juga untuk dikaji dan dilihat apa yang harus dilakukan kepada agensi-agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Operasi Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini, hari ini

Yang turut hadir, Ketua Pengarah JBPM, Mohamad Hamdan Wahid.

Sabtu lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kuasa yang lebih kepada Mohamed Azmin sebagai langkah terbaharu mengapi-apikan persaingan dalam parti gabungan Pakatan Harapan, selain membenarkan beliau mengukuhkan kedudukannya berbanding Anwar.

Dalam perkembangan lain, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menasihatkan kesemua pegawai dan anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bersabar dan tidak emosi ketika menjalankan pemantauan serta pemeriksaan lesen dan permit perniagaan.

Nasihat itu diberikan susulan satu klip video berdurasi 48 saat memaparkan pergaduhan antara anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan peniaga di Jalan Taiping, Klang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

“Saya telah menghubungi Yang Dipertua MPK, Datuk Yasid Bidin dan beliau telah menjelaskan mengenai insiden yang berlaku di mana sehari sebelum kejadian, penguat kuasa ada memberi amaran, namun keesokannya iaitu Jumaat lalu, keadaan peniaga masih sama.

“Sebab itu saya menasihatkan pegawai kerajaan tak kira di mana sahaja perlu ada kesabaran, tak perlu ada emosi sehingga pukul orang,” katanya.