Tiga pemenang tersebut iaitu Tawakkol Karman, Shirin Ebadi dan Mairead Maguire mendesak supaya Suu Kyi ‘bangkit’ untuk membela nasib Rohingya selepas mereka melawat kem-kem pelarian etnik tersebut di negara ini.

“Situasi ini amat jelas menunjukkan kerajaan Myanmar melakukan penghapusan etnik dan penindasan terhadap Rohingya.

“Kami dengan sepenuh hati menolak perlakuan yang tidak bertanggungjawab itu dan mana-mana pihak yang terlibat akan diheret ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang setimpal,” kata Maguire. – AFP