Tokoh Politik Anti Islam Jerman Dilaporkan Masuk Islam

Partai kanan yang dikenali anti-Islam dan perkauman, AfD, baru-baru ini membenarkan maklumat yang beredar di media Jerman yang mendedahkan bahawa salah seorang tokoh politiknya, Arthur Wagner, telah masuk Islam.

 

Wagner, anggota terkemuka AfD di negara bahagian Bradenburg, meletakkan jawatan di Suruhanjaya eksekutif kebangsaan pada 11 januari 2018 dengan alasan pribadi, kata juru cakap AfD Daniel Friese.

 

“Pihat parti menerima alasan itu,” kata Freise seperti dipetik Deutsche Welle.

 

Dia mengatakan bahawa parti kebangsaan AfD terdiri daripada kelompok-kelompok yang mewakili kepentingan Muslim, serta penganut Kristian dan homoseksual.

 

Wagner, yang berasal dari Rusia, mewakili AfD sejak 2015. Dia pernah menjawat jawatann sebagai eksekutif di negara bahagian yang mengurus hal ehwal gereja-gereja dan komuniti keagamaan.

 

Sebelum bergabung dengan parti anti-Islam dan anti-pendatang itu, Wagner adalah anggota dari parti yang diterajui oleh Kanselir Angela Merkel, Uni Kristian Demokrat (CDU).

 

Wagner menolak menjawab pertanyaan dari akhbar harian Tagesspiegel, yang pertama kali melaporkan perihal keislamannya.

 

“Itu urusan pribadi saya,” katanya kepada akhbar itu. Namun, dia mengatakan bahawa tidak ada gesaan dari parti untuk mendesaknya meletak jawatan.

 

AfD untuk pertama kalinya berjaya masuk di parlimen Jerman, Bundestag, yang terhasil dari keputusan pilihan raya umum pada bulan September 2017, yang menyaksikan parti perkauaman itu menjadi pemenang ketiga secara keseluruhan.

 

Sokongan kepada AfD meningkat secara drastik berikutan pemerintah CDU yang dipimpin Kanselir Angela Merkel membuka sebesar-besarnya pintu bagi pengungsi pada tahun 2015 dan 2016.

 

AfD berpendapat bahawa negara Jerman berada di bawah ancaman “islamisasi” dan mereka menuntut agar pengawasan pintu sempadan negara diperketat.

 

Wagner bukan tokoh politik sayap kanan di Eropah yang pertama masuk Islam, menurut akhbar Die Welt. Sebelumnya, Arnoud von Doorn diminta meninggalkan parti perkauman Belanda pimpinan Geert Wilders, PVV. Arnold telah masuk Islam dan pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.*(hidayatullah.com)

No Comments

    Leave a reply