Pentadbiran Trump sebelum ini menyatakan sokongan terhadap penyelesaian dua negara sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.

Trump, ketika mesyuaratnya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, beliau juga akan mendedahkan pelan damai dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

“Saya suka penyelesaian dua negara. Itu apa saya fikirkan yang terbaik,” kata Trump. – REUTERS