TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

PEMIMPIN YANG PALING BERJAYA MELETAKKAN NEGARA MALAYSIA DALAM PETA DUNIA ialah dilahirkan pada 20 Disember, 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Dato’ Seri Dr. Mahathir, merupakan anak bongsu daripada Sembilan orang adik beradik kepada pasangan Mohamad Iskandar dan Wan Tempayan Wan Hanapi. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Beliau dianggap Perdama Menteri Malaysia yang bnayak berjasa dan paling Berjaya menonjolkan nama Negara di arena dunia. Beliau juga mempunyai pandangan yang jauh, kuat bekerja dan bertanggungjawab membangunkan negara menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Oleh sebab pembangunan dan usaha-usaha pemodenan beliau, Dato’ Seri Dr. Mahathir dikenali sebagai Bapa Pemodenan Negara. 

PERDANA MENTERI MALAYA KE EMPAT

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada 16 Julai, 1981 menggantikan Tun Hussein Onn. Beliau berusaha meneruskan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh ketiga-ketiga Perdana Menteri terdahulu memajukan negara. Beliau gigih berusaha bagi menarik pelabur asing datang melabur ke Malaysia dan lantaran itu, beliau dianggap sebagai ‘jurujual negara’ yang paling utama. Kelahiran kereta buatan Malaysia, Proton Saga pada tahun 1985 adalah atas inisiatif beliau yang mahu membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi sebuah negara pengeluar kereta. Beliau juga Berjaya membuktikan kepada dunia bahawa rakyat dan negara ini juga mampu melakukan apa yang dilakukan oleh bangsa dan negara lain melalui slogan ‘MALAYSIA BOLEH! ’. Keadaan ini menyebabkan nama Malaysia menjadi sebutan dan dikenali segenap pelosok dunia. Ketegasan Tun Dr. Mahathir dalam perjuangannya termasuk mempertahankan negara dari serangan penyangak mata wang seperti Soros, membela umat Islam di Bosnia dan Palestin yang ditindas, menyebabkan beliau begitu dihormati dan disanjungi.

CHE DET DAN KLINIK MAHA

Tun Dr. Mahathir memamg berminat dalam perniagaan dan pernah menjual belon di sekolah untuk mencari duit poket tambahan. Beliau yang dikenali sebagai Che Det juga pernah membuka warung berdekatan dengan Pekan Rabu secara berkongsi dengan dua orang kawan beliau, Johari Mohamad Taib dan Noor Madar. Dari situlah beliau meneruskan perniagaan dengan menjual buah-buahan dan barang kraftangan di Pekan Rabu. Dato’ Seri Dr. Mahathir melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward V11 College of Medicine, Universiti Malaya, di Singapura dan mendapat ijazah pada tahun 1953. Beliau pernah menjadi pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar pada 1954-1956. Beliau kemudian membuka klinik perubatan sendiri di Alor Setar yang dikenali sebagai Klinik Maha.

PENERAPAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN

Beliau merupakan pemimpin yang begitu berusaha menonjolkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara. Oleh sebab itu, Malaysia di bawah kepimpinan Tun  Dr. Mahathir dilihat oleh kebanyakan negara Islam sebagai satu model negara Islam yang unggul. Sebagai menghargai jasa-jasa beliau itu, Tun Dr. Mahathir telah dianugerahkan anugerah tertinggi dari Arab Saudi iaitu Anugerah Antarabangsa King Faisal pada 22 Mac, 1997, “The Dragon of Bosnia” dari Bosnia, ‘Mubarak Al-Kabir’ dari Kuwait dan ‘Ahmad Al-Fatah’ anugerah kedua tertinggi Bahrain.

DASAR PANDANG KE TIMUR

Bagi menyunti semangat kepada rakyat dan menhentikan amalan terlalu mengagungkan-agungkan Barat, Tun Dr. Mahathir memperkenalkan polisi Dasar Pandang ke Timur. Melalui dasar ini, beliau mahu Negara mencontohi Jepun yang dapat maju, bersaing dan seterusnya menjadi kuasa utama ekonomi dunia selain Amerika. Beliau mahukan kejayaan Jepun yang berjaya bangun dari kejatuhannya selepas Perang Dunia Kedua dan kemudian muncul sebagai negara perindustrian utama dunia, dicontohi oleh rakyat negara ini tanpa mengorbankan jatidiri mereka.

Susunan Ibnu Majid

No Comments

    Leave a reply