TURKI LAKSANAKAN ‘PEMBERSIHAN’

Istanbul: Parti pemerintah Turki Jumaat lalu mengarahkan “pembersihan” dalam kalangan ahli-ahli parti yang menyokong ulama berpangkalan di Amerika Syarikat Fethullah Gulen, selepas dituduh berkomplot dalam rampasan tentera yang digagalkan bulan lalu.

Pembersihan mendesak dalam organisasi parti itu bertujuan menyingkirkan mereka yang dikaitkan dengan kumpulan yang digelar Ankara, Pertubuhan Pengganas Fethullah, yang dipersalahkan dalam cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu, lapor agensi berita negeri Anadolu.

Ia dibuat ketika Turki mengumumkan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry, akhir bulan ini.

Beliau menjadi diplomat barat pertama berkunjung sejak cubaan menggulingkan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan gagal.

Tindak balas tegas Turki ke atas rampasan kuasa itu meningkatkan ketegangan dengan Eropah, manakala Amerika Syarikat, negara di mana Gulen menetap dalam buangan sejak 1999, belum lagi mengesahkan lawatan diplomat utamanya.

#TANWIR – Masih anti-kudeta.

No Comments

    Leave a reply