UMAT ISLAM BANTAH GOOGLE MAPS BUANG PALESTIN

Tindakan aplikasi Google Maps yang memadam negara Palestin dari sistem mereka dan menggantikannya dengan Israel mendapat bantahan serta kritikan dari umat Islam.

Justeru, satu petisyen telah dikeluarkan menerusi laman internet mendesak Google supaya meletakkan kembali negara itu yang sudah diiktiraf oleh 136 buah negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara pemerhati bukan anggota sejak 2012.

Bagaimanapun, permohonan negara itu untuk menjadi ahli PBB tetap gagal sehingga ke hari ini.

Pada 10 September tahun lepas, Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk membenarkan bendera negara Palestin dikibarkan di bangunan organisasi itu.

Resolusi berkenaan disokong oleh 119 negara dengan 45 negara berkecuali dan lapan undi menolak termasuk Australia, Israel dan Amerika Syarikat.

Ada pihak di negara ini mempersoalkan mengapa ada kelompok umat Islam lebih mementingkan viral berkaitan perkara lain tetapi seakan meminggirkan perkara berkaitan Palestin yang sudah dilenyapkan sama sekali dalam peta yang dihasilkan oleh Google.

Soalnya, Palestin sudah pun diiktiraf sebagai sebuah negara oleh PBB dan ia berhak mendapat layanan sewajarnya dari pihak lain di dunia ini.

Difahamkan Google dikendalikan dan dimiliki oleh mereka yang ada kaitannya dengan Yahudi dan Israel.

Perkembangan ini dikatakan ada kaitan dengan perkara itu dan ia adalah antara langkah Google untuk menunjukkan bahawa Palestin sebenarnya tidak wujud pun di atas peta muka bumi ini.

Petisyen untuk mendesak Google kembali meletakkan Palestin di atas peta mereka sudah pun ditandatangani secara digital sebanyak 162,075 orang ketika artikel ini ditulis.

Apapun, memang tindakan ini boleh menimbulkan kemarahan umat Islam yang sememangnya bersaudara dan bersolidariti bersama rakyat Palestin yang sudah ratusan tahun ditindas oleh rejim zionis Yahudi dan Israel.

No Comments

    Leave a reply