Usah Cemari Aidilfitri Dengan Fitnah dan Kenyataan Menyakitkan Hati

 

Aidilfitri yang akan disambut oleh seluruh umat Islam awal minggu depan tidak mungkin tercemar oleh dua isu besar yang sedang berlegar dalam iklim politik Malaysia.

Setelah hampir dua tahun isu 1MDB tenggelam dalam perbicaraan umum, beberapa hari lalu ia kembali menghangatkan iklim politik Malaysia apabila DoJ memulakan perbicaraan untuk merampas apa yang disifatkan sebagai penggubahan wang haram oleh beberapa orang tokoh perniagaan dari Malaysia.

Pertikaian kali ini meliputi asas pembicaraan yang sedang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Ia dibuat tanpa siasatan yang lebih telus, termasuk mengambil bukti daripada 1MDB.

Kalau dalam istilah perundangan, sebelum sesuatu aduan itu dibawa ke mahkamah, suatu siasatan menyeluruh akan dilakukan, termasuk mengumpul bukti bagi menentukan sama ada terdapatnya prima facie berhubung sesuatu kes.

DoJ tidak melakukannya. Sebaliknya hanya berdasarkan laporan mereka sendiri yang diasaskan oleh aduan yang diterima. Inilah kroniknya sistem perundangan Amerika Syarikat sehingga dalam banyak kes, terdapat kekhilafan yang bukan sedikit terhadap keputusan yang diambil, termasuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang didakwa.

Setelah hukuman itu dijatuhkan, berlaku semakan semula. Semakan terhadap hukuman dan ia menjadi lebih malang lagi apabila mereka yang dijatuhkan hukuman akhirnya didapati tidak bersalah. Mereka yang bersalah telahpun merengkok dalam penjara bertahun-tahun lamanya. Maka, pembebasan dilakukan atas alasan penahanan adalah  bersifat “ignorance”.

Dianggarkan kesilapan itu berlaku satu atau dua daripada 25 kes. Ia terjadi kerana corak perundangan yang diamalkan di USA adalah berdasarkan pendakwaan terlebih dahulu dan akan dinilai semula apabila ada keperluan. Kebiasaannya, apabila keluarga orang yang kena tuduh memohon dibicarakan semula apabila mengkaji butiran penghujagan dilihat tidak memberikan keadilan, termasuk ketika kes tersebut diuruskan.

Ia berlainan dengan sistem perundangan di Malaysia. Sebelum sesuatu aduan dibawa ke muka pengadilan, satu siasatan menyeluruh akan diadakan. Ia dilakukab bagi menentukan adakah orang yang dituduh itu mempunyai kaitan yang jelas dengan kes. Ia dilakukan dari pelbagai aspek, termasuk merakamkan percakapan si pengadu, orang kena tuduh, saksi-saksi dan pengumpulan bukti, serta melawat kawasan yang dikatakan sebagai lokasi kejadian.

Situasi ini berlainan dengan apa yang dilakukan oleh DoJ. Apa yang menarik dalam kes ‘mengembalikan aset’ yang dikatakan dikumpulkan secara tidak sah dalam beberapa transaksi meragukan, DoJ hanya bersandarkan aduan yang dibuat oleh beberapa orang yang berusaha untuk memburuk-burukkan negara dengan cara menghancurkan peribadi Perdana Menteri.

Menarik lagi ialah apabila Ketua Armada PPBM terperangkap dalam permainan strategi yang dilakukan oleh Raja Petra Kamarudin sehingga mengakui bahawa orang yang pernah membolot kekayaan menerusi pengagihan ‘aset kerajaan’ telah membayar sejumlah wang kepada DoJ dan sebuah yayasan untuk melobi proses pendakwaan tersebut. Ketua Armada dikatakan telah memberitahu kepada tiga orang and ahli EXCOnya.

Akibatnya, dia dimarahi salah seorang yang dikatakan telah membayar. Dia kini terpaksa menunggu siasatan pihak berkuasa, yang akhirnya akan membawa kepada kesimpulan bahawa konspirasi memang benar-benar berlaku dan jelas siapakah yang perlu diselamatkan di sebalik slogan “Selamatkan Malaysia”.

Ketua Armada PPBM itu akhirnya terpaksa melakukan ‘damage control’ dengan memanggil satu sidang akhbar,  yang perbincangannya tidak menjurus kepada pendedahan pembabitan tokoh-tokoh yang tersebut. Ia berusaha menenggelamkan isu berkenaan dengan mencadangkan agar mauduk perbualan sepanjang perjumpaan Aidilfitri tahun ini ialah mengenai ‘cincin berlian’.

Ramai juga yang merasa cuak dengan sikap Ketua Armada PPBM itu. Sebelum ini kisah pembelian ‘cincin berlian’ turut menjadi serangan ganas Rafizi Ramli (PKR) untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Setelah merasai ‘dakwaan’ itu tidak boleh menang, Rafizi memohon maaf dan berkata ia adalah ‘lawak’ sahaja. Apakah kali ini, Ketua Armada pula akan mengambil sikap yang sama? Memohon maaf dan memberikan alasan hanya satu sketsa dari satu babak “maharaja lawak”. Atau bakal mengulangi apa yang pernah Nurul Izzah lakukan terhadap Raja Nong Chik.

Nurul menuduh lawan politik itu dengan salah guna kuasa. Tetapi, selepas Piligan Raya Umum ke-13, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah. Nurul Izzah memohon maaf tetapi kemenangannya sebagai wskil rakyat Lembah Pantai kekal. Mungkin untuk masa depan politik Malaysia, ia perlu kepada reformasi undang-undang di mana mereka yang menang dengan membina dan menaburkan fitnah wajib meletakkan jawatan.

Calon tersebut wajib pula menjalani hukuman dilarang untuk bertanding dalam mana-mana bahagian pilihan raya untuk tempoh  sekurang-kurangnya tiga penggal dan membayar keseluruhan kos pengurusan pilihan raya bagi bahagian berkenaan.Jika ini dapat dilakukan, demokrasi di Malaysia dapat berjalan secara matang dan terhindar dari politik ego sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Rusyd.

Dalam laporan DoJ, ada kisah mengenai pembelian cincin mewah, tetapi tidak dipastikan siapakah pemiliknya. Sebab itulah dalam jawapannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DoJ menyatakan, pendakwaan itu bukan untuk merampas cincin berlian yang dikatakan berharga lebih RM 100 juta. Ertinya, DoJ sendiri tidak pasti kerana DoJ tidak bersandarkan kepada prinsip ‘melampau keraguan’ dan tidak dapat menentukan sama ada kes itu boleh dianggap malafide atau bonafide.

Ketua Armada PPBM dijangka akan menyamai sifat Rafizi Ramli dan darjah kepercayaannya semakin dipertikaikan apabila beliau didapati semakin berseberangan sikap dengan dengan beberapa orang EXCO Armada. Kini telah muncul ‘keretakan dari dalam’ kerana ada EXCO Armada tidak lagi mempercayai kewibawaan kepimpinan tertinggi PPBM, Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden.

Penasihat PPBM sedang berkecamuk dengan desakan untuk menyatakan pendiriannya sebagai calon Perdana Menteri dan bakal menguasai Pakatan Harapan. Situasi tersebut bukan sahaja diterjah hebat oleh DAP, bahkan PKR turut mendesaknya agar ‘menarik diri’ sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, selain dikaitkan dengan pemberian tender membekalkan fiber optik untuk Syarikat Telekom Malaysia Berhad yang dipindahkan pengurusan milik kerajaan kepada swasta, dilaporkan terpaksa memberikan tender itu kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Mukriz Mahathir.

EXCO Armada PPBM dalam laporannya kepada SPRM mahukan suatu siasatan yang lebih menyeluruh dilakukan ke atas kekayaan Dr Mahathir dan anak-anaknya. Dilaporkan empat beranak itu memiliki dan menguruskan lebih 450 buah syarikat.

Terdapat juga laporan bahawa kekayaan Dr Mahathir melebihi 1.6 kali hutang negara yang dianggarkan hampir RM 800 bilion. Kekayaan Dr Mahathir yang disimpan di luar negara dianggarkan berjumlah RM 1.194 Trilion, iaitu kurang lebih RM 200 bilion daripada keseluruhan catatan perdagangan Malaysia pada tahun 2016 (RM 1.4 Trilion).

Kalaulah benar dakwaan itu, Dr Mahathir bakal menjadi bekas pemimpin yang terkaya dalam planet dan beberapa kali ganda lebih kaya daripada Bill Gates, pengasas Microsoft. Punca serangan Dr Mahathir ke atas Najib ialah kerana menghalang pemindahan kekayaan itu tidak diluluskan. Dr Mahathir gagal memperoleh kebenaran untuk membawa balik semua simpanannya ke dalam negara.

Dr Mahathir mungkin mempunyai kekayaan lebih besar daripada George Soros yang pernah dikecamnya kerana melakukan ‘serangan matawang’ pada tahun 1998 sehingga menyebabkan nilai matawang negara merosot 40 peratus. Ia turut menyebabkan Malaysia melihat semula proses pembayaran hutang yang dipinjamkan dalam bentuk Yen, yang ketika itu Dr Mahathir amat teruja dengan Dasar Pandang ke Timur dan anti barat menerusi dasar “Buy British Last”.

Akhbar Utusan Malaysia keluaran 22 Jun 2017 melaporkan kerajaan bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya Penyiasatan Di Raja (RCI) bagi meneliti apa sebenarnya yang berlaku ke atas kerugian ratusan juta ringgit dalam perniagaan matawang asing (Foreign Exchange) pada tahun 1980-an dan 1990-an, yakni ketika Dr Mahathir dikatakan begitu cekap menguruskan ekonomi negara.

Walaupun RCI itu masih di peringkat awal, ia akan menyebabkan Dr Mahathir tidak senang duduk dan sebagai reaksi balasnya, beliau memindahkan isu itu dengan mendakwa bahawa BN akan mengisytiharkan darurat kerana tidak boleh menerima kemerosotan atau kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Ini jelas suatu tindakan Dr Mahathir untuk melupuskan kecamannya terdahulu setelah merasakan ada keraguan fakta, tidak mempunyai bukti yang jelas tetapi sudah menjatuhkan hukuman ke atas BN dan Perdana Menteri.

Kalau dilihat daripada situasi tersebut, ternyata Dr Mahathir masih belum dapat melupuskan budaya politik yang pernah diamalkan untuk mengekalkan kuasa selama 22 tahun. Ketika merasakan kedudukannya hampir tewas dalam pertandingan merebut jawatan Presiden pada tahun 1987, para perwakilan dikatakan telah disogokkan dengan sejumlah wang agar tidak mengundi Tengku Razaleigh Hamzah.

Proses pengundian yang berlangsung pada hari Jumaat, terpaksa ditangguhkan beberapa jam untuk membolehkan perwakilan menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam masa penangguhan itu banyak kemungkin boleh berlaku, tetapi sehingga kini belum ada suatu proses penyiasatan yang menyeluruh untuk menjelaskan bahawa keseluruhan peti undi tidak dicemari oleh kertas undi yang lain.

Begitu juga ketika proses pengiraan undi pada malamnya. Berlaku ‘kegelapan’ beberapa ketika dan ada yang mendakwa, ketika itu berlaku pula kertas-kertas undi yang tidak sah bagi menentukan kemenangan Dr Mahathir. Adakah itu benar atau hanya rekaan politik? Hingga kini ia masih menjadi misteri. Dan, kalaupun ianya berlaku, Dr Mahathir tetap diisytiharkan telah menang dan berjaya melengkapkan penguasaannya selama 22 tahun.

Selepas proses perebutan, suatu keputusan dibuat untuk menyusahkan mana-mana calon yang berhasrat untuk mencabar jawatan Presiden UMNO, termasuk mensyaratkan mesti mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dan gesaan agar tidak menentang tradisi. Banyak juga kawalan dari dalam dilakukan hanya semata-mata untuk menjaga ‘kuasa’ yang akhirnya, semakin ramai pihak bersedia untuk membongkar apa yang diajar oleh Dr Mahathir sepanjang memimpin UMNO.

Umumnya, sebagai umat Islam yang meraikan Aidilfitri tidak perlu terpengaruh dengan pelbagai input politik yang semakin mengelirukan. Sebaliknya, raikan Aidilfitri ini dalam semangat silaturrahim yang tinggi dan benar-benar sebagai kemenangan mengekang nafsu atau memagari diri daripada ‘fitnah’.

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

No Comments

    Leave a reply