YouTube haram kandungan ancaman ‘tersirat’

SAN FRANCISCO: Laman perkongsian video, YouTube, meluaskan dasar antigangguan semalam, memasukkan larangan ke atas ancaman ‘tersirat’ selain penghinaan berdasarkan bangsa, identiti jantina atau kecenderungan seksual.

“Kami tidak lagi membenarkan kandungan yang menghina seseorang berdasarkan bangsa, jantina atau kecenderungan seksual.

“Ia tertakluk kepada semua orang, daripada individu, kepada pembikin video YouTube, dan pegawai awam,” ketua keselamatan global, Mark Halprin, dalam siaran atas talian.

YouTube sudah pun mengharamkan ancaman jelas, tetapi kini ugutan ‘tersembunyi atau tersirat’ juga akan dilarang, menurut Halprin.

“Ini termasuk kandungan meniru keganasan terhadap individu atau bahasa menunjukkan keganasan fizikal mungkin berlaku.

“Tiada seorang pun patut menjadi subjek gangguan yang membawa kepada keganasan,” katanya. — AFP

Sumber : Berita Harian Online

Tags: , ,

No Comments

    Leave a reply