ZAHID HAMIDI : KENTAL PERJUANGAN ISLAMNYA

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pemangku Presiden UMNO) yang berjiwa islamik dan sentiasa sensitif terhadap isu-isu Islam juga seorang insan yang sangat perihatin terhadap kepentingan pendidikan Islam dinegara ini.Disamping mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik.Justeru kesetiaan beliau kepada UMNO sesungguhnya tidak dapat dinafikan dan dipandang enteng oleh sesiapapun.Dalam pertandingan merebut jawatan presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersikap terbuka mengenai Tengku Razaleigh Hamzah yang mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan presiden Umno pada pemilihan parti.

Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Zahid, 62, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mula bergiat aktif dalam politik apabila dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bagan Datoh pada 1984 dan dari sini, beliau terus mendaki tangga dalam perjuangan politik Umno peringkat nasional sehingga berjaya terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (1996-1999).

Pergerakan politiknya hanya terencat seketika apabila timbul krisis di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang menyaksikan beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua minggu.

Namun pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada tahun 2000, Ahmad Zahid kembali ke arus perdana parti itu dengan memenangi salah satu kerusi berkenaan dan terus kekal sebagai anggota MT sehingga 2007.

Ahmad Zahid kemudiannya terpilih sebagai seorang daripada tiga Naib Presiden Umno selama dua penggal iaitu pada 2008-2011 dan 2013-2016.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, beliau telah mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh untuk penggal kelima berturut-turut selepas menewaskan Madhi Hasan (Parti Keadilan Rakyat) dengan majoriti 2,108 undi. Ahmad Zahid memperoleh 17,176 undi.

Beliau telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh sejak 1995 dan mengekalkan jawatan itu sehingga sekarang.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid juga berpengalaman dalam sektor perbankan dan berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC sebagai pegawai bank (1976-1977), di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penolong pengurus (1977-1979) dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pengurus pemasaran Amanah Saham Nasional (ASN) (1979-1984).

Pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan itu telah kemudian membawa beliau dilantik sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dari tahun 1994 hingga 1999 dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2000.

Ahmad Zahid mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai  Balai, Rungkup sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang.Beliau kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1976.

Ahmad Zahid memperoleh ijazah Sarjana Sains (Komunikasi Korporat) pada tahun 2000 dan kemudiannya ijazah doktor falsafah PhD-Komunikasi dari UPM.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Seri Hamidah Khamis, 60, mereka dikurniakan dua puteri Nurulhidayah, Nurulizawani dan tiga putera, Ahmad  Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq, Ahmad Asyraf Arief.

No Comments

    Leave a reply