ZAKIR MINTA PAS-UMNO BERSATU

Pendakwah tersohor antarabangsa, Dr Zakir Naik mahu melihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama berlandaskan al-Quran dan hadis bagi membolehkan negara ini dan Islam terus berkembang maju. Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara keseluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik. Jelasnya, walaupun terdapat perbezaaan ideologi dalam kedua-dua parti tetapi itu bukan penghalang.

“Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi wawancara bagi program Persepsi di TV Al-hijrah, Kuala Lumpur semalam. Zakir yang optimis terhadap kerjasama itu memberitahu, beliau percaya kedua-dua parti itu mahu kerjasama, namun hanya ada segelintir umat Islam yang tidak bersetuju.

Petikan: Utusan Malaysia

#TANWIR: Bersatu teguh, bercerai roboh.

Artikel berkaitan: Politik Pecah Belahkan Ummat

No Comments

    Leave a reply