ZIKA: PENGUGURAN JANIN DIBENARKAN BERSYARAT

Pengguguran Janin Bagi Wanita Yang Positif Virus Zika

Pada 14 Mac 2016, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah telah mengeluarkan satu fatwa berhubung hukum menggugurkan janin bagi wanita yang dijangkiti virus Zika. Fatwa ini telah dikeluarkan sebagai respon kepada seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melonggarkan syarat-syarat bagi membolehkan pengguguran khususnya bagi kes wanita yang disahkan dijangkiti virus Zika. Dalam hal ini, Dar al-Ifta’ memutuskan bahawa pengguguran janin adalah:

  1. DIBOLEHKAN bagi janin yang belum mencapai 120 hari (4 bulan) setelah disahkan implikasinya kepada wanita berkenaan atau kecacatan kepada janin berkenaan.
  2. Manakala, bagi yang sudah mencapai 120 hari, ia TIDAK DIBOLEHKAN kecuali jika kehamilan itu berterusan mengundang masalah kepada kesihatan dan bahaya kepada kehidupan wanita berkenaan. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang bermaksud:

َ“Mengambil yang lebih ringan di antara dua kemudharatan”

Ia bermaksud mendahulukan nyawa ibu yang mengandung yang sudah pasti hidup untuk diselamatkan berbanding janin yang masih tidak pasti keadaannya. Maka jika ia tidak membahayakan nyawa ibunya, pengguguran janin adalah DIHARAMKAN.

Sumber: Bayyan Linnas Siri 68, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

No Comments

    Leave a reply