Bila Muhammad menahan lapar demi umat

Cerita mengenai kesederhanaan dan kesanggupan Nabi Muhamad saw menahan lapar itu memangnya sering kita dengar. Cerita keikhlasan dan kemurahan hati baginda ketika menghadapi suasana getir pun sudah lama kita tahu. Yang jarang kita dengar adalah hujah di sebalik sikap baginda yang cenderung dilihat sebagai sesuatu yang boleh kontroversi.

Namun yang lebih kontroversi minggu lepas menurut sumber kerajaan negeri Kelantan telah mengesahkan kereta Mercedes Benz dengan plat pendaftaran DV 1 adalah kenderaan rasmi baru buat kegunaan Menteri Besar Ahmad Yakob.

Bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk menbeli kereta tersebut malah dikira lebih baik wang tersebut digunakan untuk kepentingan rakyat yang didalam keadaan yang serba kesusahan,kesukaran untuk menperolehi air bersih serta pengganguran yang tinggi.

Kemunafikan manusia hari ini jelas tergambar melalui pengakuan MB ereka sebagai pejuang Islam dan meletakkan diri mereka setaraf dengan ulama serta merasai lebih alim daripada manusia lain tetapi hakikatnya mereka menipu rakyat.

Mereka ‘memperkosa’ agama demi tercapainya tujuan-tujuan yang sangat hina di mata Allah SWT.Inilah yang dikatakan teater politik dengan jubah agama yang dapat kita saksikan sekarang dan akan datang yang akan merosakan kita semua.

Pemimpin bukan lagi berusaha untuk memakmurkan rakyat, sebaliknya membina kedudukan tertinggi untuk dirinya sendiri, walaupun rakyat kebanyakan masih lagi dibelenggu kemiskinan.Kalaupun dapat kita ambil sedikit ikhtibar ialah mengenai tradisi kepimpinan yang menyerahkan seluruh kehidupan kepada rakyat ialah dari sosok peribadi Mahatma Ghandi.

Bila kita tidak berani menyatakan kebobrokan peminpin kita yang sudah teramat parah ini,boleh jadi seorang rakyat miskin nun jauh dipelusuk akan menadahkan tangannya keatas sambal berdoa:”Tuhanku apakah masanya belum tiba untuk Engkau luluh-lantakkan para petualang ini hingga kami yang miskin ini sebelum menutup mata sempat juga hendaknya menyaksikan tegaknya keadilanMu.Oh tuhan tiada kekuatan lain kecuali Engkau ya Tuhan yang Maha Mendengar.Aku orang miskin tapi aku masih menpunyai kekuatan untuk berdoa kepada Mu”

Namun Teladan dari kisah Rasulullah saw yang menahan lapar demi umatnya amat jarang kita dengar untuk zaman yang penuh dengan kemewahan ini.
Suatu malam, Rasulullah saw mengimani shalat Isya. Setiap kali ketika baginda menggerakkan badannya, terdengarlah bunyi-bunyian seolah-olah tulang temulang bergeser. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya, “Apakah Rasulullah sedang sakit?”.

Dengan suara perlahan baginda pun menjawab, “Oh tidak! Saya sehat walafiat.” Sahabat itu berasa pelik dan bertanya, lagi “Tetapi, mengapa tulang-tulangmu bergeseran (berbunyi) di setiap kali Tuan bergerak sepanjang sholat tadi?”

Melihat para sahabat agak cemas, Rasulullah saw kemudian membuka jubahnya. Maka nampaklah ikatan selempang kain yang dipenuhi dengan kerikil untuk menahan lapar. Rupanya, kerikil-kerikil itulah yang menimbulkan bunyi ketika baginda mengimamani shalat Isyak bersama para sahabatnya.

Umar bin Khattab tiba-tiba menjerit, “Ya, Rasulullah! Alangkah rendahnya diri kami dalam pandanganmu jika engkau mengatakan lapar dan kami tidak bersedia memberikan makanan lazat-lazat buatmu sedangkan kami semua hidup mencukupi, ya Rasul.

Apakah kamu menyangka bahwa kami termasuk orang-orang bakhil?” Nabi Muhamad saw dengan terharu menjawab, “Tidak wahai Umar! Bukan begitu maksudku. Aku percaya kamu para sahabatku yang sangat mencintai aku. Apalagi bukanlah sesuatu yang menyusahkan dengan hanya sekadar memberikan makanan untukku. Jangankan makanan, harta dan nyawa pun kalau perlu kamu sanggup serahkan. Tetapi di mana akan kuletakkan mukaku di hadapan Allah kalau aku sebagai pemimpin justru memberatkan orang-orang yang kupimpin? Biarlah aku lapar di dunia asalkan tidak membiarkan umatku dilanda kelaparan. Sebab, kemiskinan akan menyeret manusia ke lembah kekufuran.”

Hujah,pertama yang kita peroleh dari kisah tersebut ialah baginda sentiasa mengambil berat mengenai kehidupan orang lain dan tidak ingin menyusahkan mereka, meskipun orang itu adalah para sahabat setianya yang sanggup menghulurkan apa sahaja bantuan apabila diperlukan. Para sahabat sejati itu tidak pernah menolak sebarang permintaan baginda hatta mengorbankan harta dan nyawa sekalipun

Keduanya, baginda sanggup membiarkan dirinya lapar asalkan umatnya berada dalam kesenangan. Baginda tidak sedikit pun mengambil sikap mencari kesenangan hidup di atas kesusahan orang lain. Tidak mengumpul kesenangan di atas penderitaan rakyat yang dipimpinnya.

Tiba-tiba kedengaran nada yang membingitkan telinga sesetengah orang. Pemimpin yang dikatakan luhur dan jujur dan islamik itu menerima sejumlah sumbangan yang boleh digunakan untuk seluruh keluarga sendiri. Ada pihak yang sanggup menajanya, kerana yang menaja itu mungkin memperoleh sesuatu secara tidak langsung dari hubungan dengan pemimpin tersebut.

Jauh dari sifat kepimpinan sebenar. Nabi Muhamad saw tidak pernah menganggap apa yang ada padanya sebagai “sesuatu yang membawa berkat”, kerana yang lebih berkat bagi baginda ialah apa yang dilakukan untuk membahagiakan umat yang dipimpinnya. Baginda sanggup berkorban demi menyebarkan syiar Islam, tetapi pemimpin yang banyak menyanjungi Rasullullah saw banyak menggunakan nalar agama bagi memperkukuhkan kedudukan dan partinya Al-Ghazali pernah mengingatkan, bahawa seseorang pemimpin perlu mendahulukan rakyatnya daripada kesenangan peribadi.

Islam tegah di luar batasan

Maka kerana itulah Islam terus menegah seseorang pemimpin dari melakukan sesuatu yang di luar batasannya. Apabila ada pemimpin sanggup menerima pemberian dalam bentuk tajaan mengerjakan haji seluruh keluarga,ia bukan boleh dianggap sebagai ibadah yang sebenarnya. Meskipun seorang orang yang mampu diwajibkan mengerjakan haji, kewajipan itu hanyalah sekali.

Jika sudah banyak kali pergi, ia bukan lagi dilihat sebagai suatu kewajiban. Ia akan terus dipandang sebagai satu tindakan berlebihan, seolah-olah menggambarkan seseorang itu terlalu mewah, kerana setiap tahun “ingin ke sana”. Walhal lebih ramai lagi yang sepatutnya perlu dibantu, sekurang-kurangnya melalui wang tajaan, setiap tahun diberikan kepada rakyat yang menampakkan keinginan untuk ke sana, tetapi tidak mampu. Itu adalah lebih baik kerana pemimpin sudah berkali-kali mengerjakan haji, tapi masih ingin melakukannya walhal ia bukan lagi merupakan sesuatu yang wajib bagi dirinya. Pemimpin itu lebih mementingkan perkara sunat, walhal adalah lebih wajib bagi beliau untuk membantu orang lain, yang sepatutnya pergi

Menunaikan kewajipan itu. Amal soleh tidak dapat diukur oleh banyaknya sumbangan yang kita berikan akan tetapi diukur oleh banyaknya manfaat yang kita berikan kepada orang lain. Apabila seseorang individu beramal dengan amal soleh ataupun melakukan sesuatu kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada dirinya dan masyarakat, maka individu itu dikira lebih baik daripada mereka yang tidak melakukan sesuatu amalan pun.

Ini kerana sumbangan itu memberi saham dalam menjamin kehidupan yang baik yang dikehendaki oleh Islam untuk dihayati oleh manusia. Kebaikan diri individu dalam Islam selalunya dihubungkan dengan kebaikan manusia lain. Neraca kebaikan itu pula ialah menjauhi diri daripada sebarang perkara buruk dan yang diharamkan oleh Allah s.w.t.Orang yang soleh bukanlah sejenis manusia yang paling panjang sujudnya, bukan orang yang banyak kali mengerjakan haji tetapi orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain Imam Al-Ghazali pernah mengingatkan “Sepatutnya seorang pemimpin mengetahui bahawa tidak seorang pun yang berada dalam kerugian berbanding dengan orang yang menjual agamanya dan akhiratnya kepada orang lain dengan ditukar kemewahan dunia.

Mereka pun memeras otak untuk menemukan daya dan tipu muslihat sehingga keinginan dan angan-angan mereka tercapai. Para pejabat dan pegawai pegawai negara sering pula melakukan hal yang serupa untuk memperoleh kemewahan dunia.” (Peringatan Bagi Penguasa: Agar kekuasaan Tidak Menjadi Korup, Jakarta: Penerbitan Hikmah, 2000, hal.136).

Pemimpin yang layak dijadikan teladan ialah pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan jujur; mengutamakan rakyat dan bukannya menunjuk-nunjuk di depan rakyat. Walaupun menunaikan haji itu merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam, ia hanyalah sekali seumur hidup bagi yang mampu. Jika pemergiannya banyak kali, ia akan dlihat sebagai suatu tindakan membanggakan diri kerana terlalu lebih mampu. Seharusnya, pemimpin itu berkorban memberikan sumbangan untuk orang lain dan membantu mereka untuk menunaikan tanggungjawab tersebut, apatah lagi jika pemergiannya itu ditaja oleh seseorang yang akhirnya berharap akan mendapat sesuatu, ia sudah menjadi satu dosa yang merosakkan kewajipan itu sendiri.

Sesungguhnya Nabi Muhammad saw adalah contoh yang terbaik untuk ummah seluruhnya.

Oleh Mohd Shauki Majid Pengarah Media Dan Komunikasi Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia(OMIW)

Sumber : malaysiadateline.com

Tags: , ,

No Comments

    Leave a reply