DAP lambung, MCA smash

Apabila ultra kiasu DAP memenangi banyak kerusi DUN di Selangor pada PRU 2008, antara kenyataan pemimpin mereka adalah, mahu mewujudkan bandar Cina, industri Cina, Universiti Cina dan banyak lagi berkaitan Cina bagi menarik pelaburan daripada negara China, kononnya.

Sebenarnya, semua perkara ini telah diwujudkan di bawah kerajaan pusat cuma tidak disenyapkan mereka sebab, sudah terlebih dapat. Ultra kiasu ini sengaja mencanangkan semua ini bagi meraih simpati atau menunjukkan bahawa banyak yang mereka tidak dapat. Tujuannya, memburukkan kerajaan yang diketuai UMNO, bagi memperlihatkan seolah-olah UMNO mendiskriminasikan orang Cina.

Realitinya, berapa ramai jutawan Cina yang telah dilahirkan oleh UMNO.  Sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, Cina sudah dimanjakan dengan bisnes sehingga orang Melayu terpinggir. Kata Tunku, biar Cina berbisnes, orang Melayu pula memerintah atau memegang kuasa.

Ironinya, apabila mereka ini dikayakan UMNO, ingatkan mereka akan membantu orang Melayu, mereka inilah juga yang menjadi Kristian Evangelis yang membantu gerakan penyebaran Kristian, termasuk memurtadkan orang Melayu menjadi Kristian. Kita menyedari semua ini, tetapi biasanya sifat orang Melayu, diam dahulu, biarkan. Saya mengingatkan Evangelis ini, jangan sampai orang Melayu mengamuk.

Tidak cukup dengan bisnes yang diberikan, hari ini mereka mahu kuasa. Duit yang banyak sahaja tidak cukup tanpa kuasa. Kuasa diperlukan bagi melebarkan lagi gerakan Evangelis ini. Inilah yang sedang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Sebab itu, mereka bermatian-matian mahu membenamkan PAS.  Kerana selagi ada PAS, selagi itulah menjadi penghalang kepada mereka untuk melunaskan agenda evangelisnya.

Terbaharu, pemimpin MCA dengan muka tidak tahu malu meminta daripada PM supaya jawatan Datuk Bandar, yang dicadangkan adalah Ipoh dan Johor Bahru. Atas dasar apa jawatan ini perlu diberikan? Desakan ini lebih hina daripada desakan ultra kiasu DAP sebelum ini yang mahukan pilihan raya diadakan bagi jawatan Datuk Bandar

Apakah hak MCA untuk meminta sedemikian sedangkan adalah MCA parti Cina tidak mendapat sokongan orang Cina.

Inilah yang saya kata, ultra kiasu DAP lambung, MCA dan Gerakan smash. Sungguh licik permainan mereka. Apakah dengan Melayu yang selama ini menjadi Datuk Bandar, tidak wujudkan bandar Cina dan kawasan industri Cina. Begitu juga dengan Universiti Cina dan universiti daripada negara China? Apa lagi yang MCA mahu?

Boleh dikatakan setiap bandar wujudnya bandar Cina atau Cina town. Bandar-bandar Cina ini langsung tidak ada identiti Melayu. Dipenuhi dengan hiasan tanglung. Apakah pemimpin MCA pernah terfikir atau mencadangkan supaya diletakkan sedikit identiti Melayu di bandar Cina? Jangan haraplah, mereka tidak berfikir ke arah itu, sebagaimana yang kita fikir.

Kita selalu terhegeh-hegeh memakaikan baju Cina bila mereka berhari raya. Pernahkah mereka memakaikan baju Melayu ketika kita berhari raya. Begitu juga ketika pembukaan parlimen bersidang dan mengambil pingat kebesaran daripada raja-raja Melayu. Daripada bertengkolok dan bertanjak. Mereka lebih memilih berpakaian barat.

Dengan Melayu yang memimpin negara, Cina sudah dapat lebih daripada hak Cina. Jika Cina yang memimpin, adakah mereka akan memberikan hak kepada Melayu.

Ultra kiasu ini amat licik, mereka mendesak supaya diberikan dua jawatan datuk bandar di kawasan yang sangat strategik. Satu di Ipoh Perak, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, di bawah kuasa kerajaan pusat. Satu lagi di Johor Bahru, Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu, di bawah kerajaan Negeri, berdekatan Singapura. Kenapa MCA tidak meminta di Selangor atau Pulau Pinang? Bukankah ia lebih relevan? Jawapannya, mudah, rakan mereka sudah berada di situ.

Ipoh dan Johor Bahru yang dicadangkan adalah lubuk duit dan mesra rakan ultra kiasu, strategik dari segi ekonomi. Bacalah teori Feng Shui. Apabila diberikan nanti, maka MCA mencanangkan itulah hebatnya perjuangan mereka. Dan kerusi tersebut menjadi hak bapak  mereka turun temurun. Apabila kerajaan mahu menggilirkan kerusi itu nanti dengan orang Melayu, maka MCA berkata itu hak dan kuota mereka.

Pakatan mereka sangat strategik. Meminta dengan banyak dan ekstrem. MCA tahu ia pasti akan mendapat  bantahan. Tetapi MCA yakin kerajaan akan beri sedikit. Sedikit itu dimulakan dengan memberi satu. Satu diikuti dengan dua, dua ikuti dengan tiga. Inilah strategi ultra kiasu sekian lama dipraktikkan. Saya yakin selepas ini MIC dan Hindraf mahukan jawatan yang sama.

Sama juga apabila UMNO mahu mengambil Gelang Patah dan Wangsa Maju. MCA mengatakan itu kerusi mereka. Apabila Umno kalah, MCA mencanangkan, UMNO tidak kuat. Undi yang dimenangi UMNO jauh lebih sedikit daripada mereka. Walhal ketika MCA bertanding, UMNO pakat-pakat mengundi MCA, tetapi apabila UMNO bertanding, MCA pakat-pekat mengundi DAP (PKR). Apakah kita masih buta. Sudahlah… Hentikan permainan busuk ini.

Ikhlas saya bercakap, keterbukaan Melayu jauh lebih daripada baik MCA dan Gerakan. Pergilah ke UTAR dan Universiti Terbuka Wawasan. Apakah orang Melayu diberikan jawatan tinggi dalam universiti tersebut. Berbanding dengan jawatan keterbukaan di Universiti Awam. UTAR misalnya, kerajaan Negeri Perak beri tanah beribu ekar  kepada MCA untuk membesarkan UTAR. Apakah UTAR menghargainya?

Semakin banyak bangunan berunsurkan senibina Cina dibina. Saya tidak menentang senibina Cina, kerana saya turut memperjuangkan masjid senibina Cina didirikan. Tetapi jika MCA berfikir panjang dan tidak rasis sudah tentu lebih banyak bangunan yang lebih universal didirikan bagi menunjukkan bahawa ia tidak rasis. Hakikatnya tidak berlaku.  Semakin banyak kerajaan tolong MCA, semakin rasis dan semakin kuat kecinaan MCA jadikan.

Justeru, sebelum MCA dan Gerakan membuka mulut, buktikan terlebih dahulu parti ini mendapat sokongan orang Cina. Daripada dahulu sampai sekarang, Melayulah yang memberikan kemenangan kepada calon MCA. Adakah MCA dan Gerakan dikenali sebagai jaguh memperjuangkan nasib Melayu. Tidak juga. Rupa-rupanya Melayu beri kemenangan kepada MCA dan Gerakan, Cina juga yang diperjuangkan. Sebenarnya MCA mahu apa?

Telah lama saya ingatkan supaya kita berhati-hati ini dengan ultra kiasu ini sama ada berada dalam kerajaan atau luar kerajaan. Di luar kerajaan seperti DAP, mereka akan membuat bising, MCA dan Gerakan menggosok daripada dalam. DAP lambung, MCA dan Gerakan smash. MCA kena fikirkan bagaimana hendak membangunkan kawasan Melayu yang dimenanginya, jangan asyik berfikiran rasis.

Jika MCA terus-menerus sebegini, percayalah tidak ada satu pun kawasan yang akan dimenangi dalam PRU akan datang. Ini belum termasuk penghinaan ke atas Islam yang sengaja dilakukan oleh The Star, akhbar kroni MCA, yang sebelum ini turut dilakukan oleh Nanyang Siang Pau.  Ingatlah! Kesabaran umat Islam ada had.

Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

No Comments

    Leave a reply