MAHATHIR GAGAL SINGKIRKAN MUHYIDDIN?

Permulaan Julai 2020, ada dua perkara yang dianggap besar berlaku di Malaysia. Pertama ialah mengenai pembukaan sekolah sepenuhnya setelah ‘terkurung’ oleh wabak COVID-19 sejak hujung Februari lalu. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020, sesi persekolahan sebenarnya sudah terhenti sebelum itu, iaitu sewaktu cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Situasi buruk COVID-19 tetap dikaitkan dengan sikap tertangguh-tangguh PH ketika wabak itu mula dikesan Januari lalu. Rakyat telah melihat PH telah gagal dalam menjaga kesihatan awam apabila terus bertegas membela pelancong-pelancong dari Cina. Dr Mahathir memempelak, di manakah untuk ditempatkan lebih 2 juta orang pelancong Cina yang berada dalam negara, tidak menutup pintu masuk antarabangsa dan Lim Guan Eng menyeru agar pelancong-pelancong dari Cina tidak ‘diskriminasikan’ kerana mereka adalah ‘sahabat’ dan ‘mempunyai wang’. Rakyat menolak kenyataan-kenyataan itu. Ia dianggap bodoh dan sengaja ‘mengimport malapetaka’.

Ketika ini, penularan wabak COVID-19 telah berjaya dihadapi oleh Malaysia meskipun kebanyakan negara di dunia masih bergelut dengan gelombang kedua. Setakat ini, Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk terjejas. Sehingga jam 6 petang, 1 Julai 2020, rekod WHO mencatatkan 10,357,662 disahkan positif dengan 508,055 kematian. Lebih separuh mereka yang disahkan positif adalah penduduk Amerika Syarikat (5,218,590 kes dengan kematian 249,318 orang).

Peristiwa kedua yang bakal berlaku dalam bulan Julai ialah berkaitan dengan politik. Dr Mahathir yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 pada 24 Februari 2020, masih berkeinginan untuk menjawat semula jawatan Perdana Menteri untuk kali ketiga. Kali pertama Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ke-4 ialah tahun 1981. Beliau bersara pada tahun 2003. Ketika itu, Dr Mahathir adalah pemimpin yang paling berkuasa di Malaysia kerana berjaya menguasai UMNO, sebuah parti Melayu yang paling dominan dan amat berkuasa dalam BN selama lebih dua dekad.

Kali kedua Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri ialah pada 10 Mei 2018, iaitu selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU ke-14. PH adalah satu gabungan yang terhasil selepas Pakatan Rakyat dibubarkan selepas PAS memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi pada tahun 2016 kerana merasakan DAP berusaha mengawal dan berlagak seperti ‘abang besar’. DAP juga dikatakan menjadi ‘dalang’ penubuhan PAN apabila ahli-ahli PAS membuat pemilihan untuk kembali kepada kepimpinan ulama.

mad politics 6

Dalam pemilihan atau muktamar PAS tahun 2015, beberapa orang pemimpin bukan kumpulan ulama tewas. Mereka juga dianggap sebagai ‘punca kejatuhan kerajaan PAS di Kedah’ selepas berjaya menguasai negeri jelapang padi itu dalam PRU ke-12 (2008). PRU ke-12, Dr Mahathir kembali menyertai UMNO apabila Najib dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dianggap ‘lemah dan hilang arah’ selepas memperoleh kemenangan besar dalam PRU ke-11 (2004).

Ada juga laporan mengatakan, sebab penyertaan semula Dr Mahathir dalam UMNO ialah ada persetujuan untuk melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika BN berjaya merampas Kedah. Muhyiddin dikatakan menjadi perantara dalam mengembalikan Dr Mahathir kepada UMNO. PRU ke-11, PAS tersungkur dan Mukhriz dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-11 pada 6 Mei 2008. Mukhriz kemudiannya dipaksa meletakkan jawatan atas undi tidak percaya pada 3 Februari 2016.

Beliau kemudiannya bersama bapanya, Dr Mahathir merintis penubuhan sebuah parti baharu, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas digantung keahliannya dari UMNO. Pada bulan Mac 2020, Mukhriz sekali lagi dipaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13. Dua peristiwa ini cukup menghantui tindakan politik dua beranak kerana Mahathir amat mengharapkan Mukhriz mempertahankan legasinya.

Muhyiddin digugurkan jawatan dalam kabinet pada bulan Julai 2015 akibat mengkritik Najib secara terbuka dalam kes 1MDB. PPBM yang didaftarkan pada 2016 akhirnya memberikan cabaran besar kepada keyakinan rakyat terhadap BN, dan buat pertama kalinya berjaya BN berjaya disingkirkan dengan keputusan di luar dugaan pada PRU ke-14. Dr Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri (sementara), yang kekalnya ialah Anwar Ibrahim.

Selepas memenuhi syarat (mendapat pengampunan dan disahkan sebagai wakil rakyat), Anwar Ibrahim terus ‘dipertikaikan’ oleh Dr Mahathir sebagai pengganti.  Mahathir dengan sengaja mencipta helah untuk tidak mempercepatkan proses peralihan kuasa. Akibatnya Mahathir diberikan tekanan dari dalam PH, termasuk pemimpin DAP dan memberikan sokongan agar Dr Mahathir menghabiskan tempoh sepenggal, dan bersedia menentang jika ada usul ‘undi tidak percaya di Dewan Rakyat’ sebelum PRU ke-15.

politik gila

Sebaik sahaja pembentukan kabinet Malaysia Baharu oleh Dr Mahathir, penyokong-penyokong Anwar mula ‘membantah’ calon yang dipilih menyertai kabinet. Beberapa nama yang bukan pilihan parti, misalnya Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dipertikaian. Dr Mahathir melihat Azmin Ali adalah seorang yang wajar diketengahkan di peringkat pusat dan perlu dilatih untuk melangkah lebih jauh. Sebab itu beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi walaupun ketika itu masih Menteri Besar Selangor. Penyokong Anwar sudah lama ‘berkrisis’ dengan Azmin, termasuk menuduh Azmin enggan menyediakan bajet pilihan raya yang diperlukan oleh PKR.

Setelah Anwar menang tanpa saingan jawatan Presiden PKR (wan Azizah tidak mempertahankan jawatan), satu penyusunan semula pengaruh berlaku. Mmereka yang ada kaitan dengan Timbalan Presiden PKR disingkirkan sama ada di peringkat negeri atau cabang. Akhirnya ia mencetuskan pergolakan dan  ‘kemarahan’ penyokong Azmin.

Selepas peletakan jawatan Dr Mahathir, Azmin membawa wakil-wakil rakyat yang menyokongnya untuk bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin bagi membentuk gabungan baharu, yang kemudiannya membentuk kerajaan. Muhyiddin yang dipilih menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri membentuk kerajaan dan menamakan gabungan kerjasama parti-parti politik itu sebagai Perikatan Nasional (PN).

Sejak itu, usaha Dr Mahathir untuk kembali berkuasa semakin terdesak, dengan melancarkan pelbagai sesi propaganda dan serangan terhadap kerajaan dan Muhyiddin. Misalnya,  menuduh Muhyiddin ‘pengkhianat’, dan kerajaan itu sebagai kerajaan ‘pintu belakang’,  bukan pilihan rakyat. Atas alasan itu, Dr Mahathir terus berusaha menyakinkan bahawa dirinyalah yang paling layak untuk ‘merampas semula kuasa’ yang sengaja dilucutkannya.

Namun, Dr Mahathir sudah tidak dipercayai oleh PKR, kerana parti itu tetap mahukan Anwar sekiranya PH berjaya berkuasa semula. Permainan propaganda semakin rancak, Anwar menyatakan pihaknya sudah mempunyai bilangan yang cukup. Anwar mendakwa dia mempunyai sokongan daripada 129 wakil rakyat. Setelah didesak, akhirnya Anwar mengakui ‘ia masih dalam proses’ dan sokongan yang ada ialah 107 wakil rakyat.

Mahathir Anwar Saga

Anwar masih gagal tetapi Dr Mahathir mengejek Anwar dengan berkata presiden PKR itu memang ‘gila-gila mahu jadi Perdana Menteri’. Ia kemudian dipertajamkan dengan ugutan oleh PKR. PKR sedia meninggalkan PH dan boleh berjuang bersendirian. Turut dihebohkan ialah kelibat Anwar merintis kerjasama dengan parti-parti yang membentuk Perikatan Nasional.  Tujuannya ialah menimbulkan kebencian PAN dan DAP terhadap Anwar dan PKR. Sedangkan ketika itu, DAP dan PAN dilaporkan membuat keputusan bahawa Dr Mahathir adalah calon yang paling layak.

Anwar menyangkal pertemuannya dengan pemimpin yang disifatkan sebagai ‘dalang Langkah Sheraton’ bukan atas tujuan kerjasama politik. Pertemuan diadakan untuk membincangkan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh negara, dan tidak menjadi satu kesalahan kerana  Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri yang bekuasa.

Tidak cukup dengan penjelasan tersebut, Dr Mahathir melakukan serangan sekali lagi, mendakwa Anwar tidak layak kerana tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Ini menjelaskan bahwa Dr Mahathir sedang berusaha mengambil hati semula orang Melayu setelah dirinya terperangkap dengan istilah ‘bacul’. Orang Melayu yang bencikan DAP digelar sebagai ‘bacul’. Tanpa sokongan orang Melayu, Anwar tidak boleh jadi perdana menteri membawa maksud, Mahathir berusaha menunjukkan bahawa orang Melayu tetap menyokongnya. Suatu enigma yang boleh bertukar menjadi fatamorgana.

Dalam beberapa tinjauan pendapat, populariti Dr Mahathir dalam kalangan orang Melayu sudah jatuh terperosok sejak beliau bersekongkol dan mempertahankan DAP. Dr Mahathir mempertahankan DAP kerana ingin membayar ‘hutang budi’ yang dihulurkan oleh DAP bila bersetuju memilihnya sebagai Perdana Menteri ke-7 dan Pengerusi Pakatan Harapan.

dua-dua gila

Anwar seterusnya menyelar Dr Mahathir setelah dirinya dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan. Namun dalam beberapa perkara, PH Plus telah dipengaruhi oleh Dr Mahathir, termasuk ketika membuat keputusan mengekalkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pilihan PH Plus, selepas PKR gagal mengemukakan calon pilihan pada pertengahan Jun lalu.

Akibatnya, Anwar berkecil hati. Namun, dengan kaedah memujuk, Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP mengumumkan, ada satu lagi opsyen, iaitu Anwar sebagai Perdana Menteri manakala Mahathir adalah Menteri Mentor. Opsyen kedua tidak meredakan penyokong Anwar, manakala Otai Reformasi tetap mahukan Anwar.

Dalam kebuntuan itu, Dr Mahathir memberikan cadangan baharu, Shafie Afdal sebagai calon perdana menteri PH Plus. Dr Mahathir kemudian memberitahu, ada cadangan tambahan yang diterimanya ialah Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Mukhriz adalah Timbalan Perdana Menteri II. Namun DAP dan PAN seperti ‘tidak ketahuan’ dan merasa terkejut.

Mendengar nama Shafie Afdal dicalonkan, ramai pihak memberikan pandangan. Shafie tidak layak atas alasan, popularitinya tidak meluas. Parti Warisan hanya mempunyai jumlah kerusi yang kecil di Dewan Rakyat. Sepatutnya, Mohamad Sabu dipilih. Ia bukan  komponen PH dan Parti Warisan sedang berhadapan krisis keyakinan dalam kalangan ahli-ahlinya di Sabah.

Ia berlaku apabila salah seorang pemimpinnya dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah laku pembelian tanah oleh RISDA pada tahun 2015. Ketika itu, Shafie Afdal adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar. Shafie turut dikaitkan dengan skandal pemberian kontrak kepada kroni bagi menyelenggara jalan-jalan luar bandar dan bekalan air bersih bernilai RM 1.5 bilion di Sabah.

Kekalahan calon Parti Warisan di PRK Kimanis turut menjejaskan ‘keyakinan pengundi’ terhadap kepimpinan Shafie, dan ia menjadi semakin hebat selepas Musa Aman dibebaskan daripada tuduhan rasuah. Bagaimanapun, Shafie menyerang semula Musa dengan menyaman tuntutan wang Yayasan Sabah  berjumlah RM 872 juta.

Perkembangan ‘perbalahan Anwar-Mahathir’ turut membingkaikan persepsi masyarakat umum terhadap PH Plus. Serangan-serangan Mahathir ke atas Anwar tidak menampakkan perubahan besar terhadap keyakinan penyokong PKR mempertahankan Anwar. Dr Mahathir didakwa tidak layak kerana beliau tidak lagi boleh bercakap bagi pihak PH Plus. Dr Mahathir sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH, dan tidak berparti telah dipecat dari PPBM. PPBM bukan ahli gabungan PH sejak 24 Februari 2020.

failed government

Dr Mahathir akhirnya ‘kesipuan’. DAP dan PAN menyatakan pencalonan Shafie Afdal bukanlah keputusan PH secara konsensus. Ia menggambarkan betapa Dr Mahathir cuba mengawal PH, walaupun kuasa kawalannya longgar dan tidak bermaya. Sebaliknya, DAP dan PAN tidak ‘menentang’ Dr Mahathir secara ‘keras dan lantang’. Kededua parti itu sedar, jika perdebatan terbuka berlaku, PH Plus akan menuju perpecahan dan perlu dielakkan. Perpecahan akan memungkinkan PAN dan DAP berhadapan kesukaran mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenanginya dalam PRU ke-14.

PAN bakal kehilangan sebahagian besar kerusi-kerusi yang dimenanginya. DAP turut dijangka kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu. Sokongan pengundi Cina juga mungkin sedikit terjejas, sebagaimana berlaku dalam PRK Tg Piai. Sebahagian pengundi Cina mula merasakan DAP tidak kompeten dan gagal mencergaskan ekonomi semasa berkuasa selama 22 bulan. Pemimpin-pemimpin asyik bercakaran dan mempersoalkan proses peralihan kuasa daripada memperbaiki ‘kemuraman ekonomi’.

Jika persepsi itu kekal  dan kemampuan Perikatan Nasional menguruskan wabak COVID 19 diambil sebagai satu kejayaan besar, imej PH Plus dilihat sukar untuk meraih semula kepercayaan rakyat dalam PRU ke-15. Biarpun Dr Mahathir dijangka bakal mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin di Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020, ia dilihat sebagai percubaan terdesak yang gagal.

Muhyiddin dijangka memperoleh sokongan yang besar kerana sudah ada pemuafakatan di antara parti-parti bukan komponen PH Plus untuk terus bekerjasama, termasuk menolak usul tersebut di Dewan Rakyat. Muhyiddin masih mempunyai ‘senjata’ yang boleh memungkinkan PH Plus tersekat.

Sebelum Dr Mahathir dibenarkan mengemukakan isu ‘undi tidak percaya’ ada kemungkinan besar usul untuk menggantikan Yang di Pertua Dewan Rakyat (YDPDR) dibangkitkan. Ia boleh berlaku disebabkan YDPDR sekarang adalah lantikan semasa kerajaan PH.  Jika usul ini berjaya dilakukan, PH Plus dijangka berhadapan kesukaran yang lebih besar, sama ada dibenarkan meneruskan usul menyingkirkan Muhyiddin ataupun berhadapan dengan pembubaran Dewan Rakyat.

Anwar yang kecewa dengan pendirian PH Plus yang terus ‘dikawal’ oleh Dr Mahathir dijangka tidak menyokong usul yang bakal dibawa oleh Dr Mahathir. Jika ini berlaku, ‘galah Anwar’ benar-benar berjaya mematahkan ‘galah Dr Mahathir’. ‘Galah Dr Mahathir’ menjadi semakin kontot (bukan certot, kerana ceritanya adalah panjang iaitu sepanjang akal Dr Mahathir untuk menggagalkan Anwar Ibrahim).

Anwar mungkin akan mempengaruhi semua wakil rakyat PKR agar mengetepikan usul Mahathir. Dr Mahathir akan dimalukan di Dewan Rakyat dan cukup buat pengajaran kepada Dr Mahathir setelah banyak kali Anwar dimalukan. Sama ada dalam bentuk kenyataan menghina ataupun tindakan yang bersifat ‘sabotaj’.

Dr Mahathir dengan kekuatan 5 wakil rakyat dan disokong oleh 8 wakil rakyat Warisan  masih belum mampu menandingi kekuatan wakil rakyat PKR. Jika dicampurkan dengan DAP dan PAN, secara lojiknya masih belum cukup untuk menentang undi yang dimiliki oleh Muafakat Nasional, PPBM, Azmin dan penyokong, GPS dan lain-lain parti dari Sabah yang semakin menyebelahi PN.

Jika pun Mahathir memperoleh ‘sentuhan ajaib’ selepas usul itu dibentangkan, Muhyiddin mungkin menggunakan ‘senjata tajam’ untuk menyelesaikan tuntutan itu, iaitu memohon SPBYA membubarkan Dewan Rakyat agar rakyat membuat pilihan semula. Jika PRU ke-15 diadakan dalam tahun ini, PH Plus kalau tidak berantakan, akan berhadapan dengan situasi sukar. PH sudah meninggalkan ‘track-record’ yang tidak baik sepanjang 22 bulan memerintah.

100 days

Isu kegagalan PH, penjualan aset, pertumbuhan ekonomi, kemerosotan nilai ringgit, pertelingkahan dalaman, pembohongan dan penipuan selama 22 bulan akan menjadi isu besar dalam kempen PRU ke-15. Rakyat akan kembali mengingati semula apa yang didokumenkan dalam Buku Harapan yang kemudiannya diterjah ‘bukan kitab suci’ dan ‘malaikat pun membuat silap’. Serangan-serangan itu boleh menyebabkan parti-parti yang masih kekal (jika PH masih wujud) dalam gabungan tersebut boleh tersungkur apatah lagi dengan sikap pemimpin-pemimpin DAP yang dilihat ‘menghina Islam, institusi Islam dan orang Melayu’.

Wajah Dr Mahathir yang bacul akan menjadi tokoh besar sepanjang kempen nanti sekiranya beliau terus berhajat bertanding sekali lagi. PH sudah dianggap bukan parti yang menjaga kebaikan rakyat, tetapi sebuah parti gabungan yang sentiasa ‘MEMBULI RAKYAT’ dan menghakis ‘KETUANAN MELAYU-ISLAM’. Jika dalam PRU ke-14, PH berjaya mendapat mengurangkan sokongan pengundi Melayu kepada BN, PRU ke-15 pengundi Melayu dijangka akan kembali kepada Muafakat Nasional yang sudah bertekad untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAN dan sebahagian lagi dimenangi oleh PKR.

PH Plus hanya berminat untuk mencari siapakah calon perdana menteri, bukannya berusaha membela nasib rakyat. Semasa 22 bulan mentadbir, PH telah gagal dan menjadikan Malaysia semakin rosak apabila DAP benar-benar berkuasa. Dr Mahathir kadangkala terlupa, kenyataan yang dikeluarkan telah menikam PH. Umpamanya, Anwar tidak layak menjadi perdana menteri kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu, dan secara langsungnya, Dr Mahathir mempertikaikan orang Melayu yang menentang DAP sebagai ‘bacul’. Percanggahan itu memang jelas berbelit-belit, dan tepatlah apa yang dikatakan oleh Tan Sri Shahril Abdul Samad, calon perdana menteri PH Plus  adalah ‘boneka DAP’.

Kenyataan itu sudah cukup ‘membunuh’ PH Plus. Ia boleh dijelaskan menerusi tindakan PH semasa berkuasa selama 22 bulan. Usaha dan tindakan menteri-menteri dan timbalan menteri daripada  DAP cukup ‘mengingatkan’ betapa kuatnya agenda mereka untuk menjayakan Malaysian Malaysia dilakukan dan tidak akan berhenti selagi Kontrak Sosial tidak diubah. PN sudah dipercayai.walaupun hanya bermula pada 1 Mac 2020 sedang mengembalikan pentadbiran berteraskan ‘Ketuanan Melayu-Islam’, yang sangat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PH selama 22 bulan.

MONOSIN SOBRI.

 

Editor's choice

No Comments

    Leave a reply