MUHYIDDIN PERLU BUANG ‘TIANG PAGAR DIMAKAN ANAI-ANAI’

Tiada angin tiba-tiba  ribut berlaku di DUN Sementa. Bukan DUN Sementa sahaja yang terkena, seluruh Selangor turut menerima libas ekor ribut yang  terkeluar daripada cawan PKR. Dr Daroyah Alwi bersama 13 ketua wanita PKR Selangor, jentera parti di DUN Sementa mengisytiharkan keluar parti serta merta.

Dr Daroyah turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, manakala mereka yang bersamanya turut meletakkan jawatan dalam parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional. Maknanya, Anwar berhadapan dengan kemelut dalam parti, kalaupun PKR tidak lumpuh kesemuanya di Selangor.

Selangor merupakan negeri yang paling kuat pengaruh PKR. Tidak hairanlah pada tahun 2014, Anwar mencanangkan Langkah Kajang, dengan harapan dirinya dapat menguasai dan mengawal Selangor. Dengan bertapak  di Kajang, Anwar mengharapkan dirinya akan berpeluang menerajui Selangor. ia tidak kesampaian.

Tidak kesampaian itu mengulangi episod gagal tahun 2008. Setelah gagal 2008, menukarkan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’ tiba-tiba dalam kemelut kuasa pada akhir Februari 2020,  Anwar tercengang memikirkan peluang untuknya terlepas lagi. Walaupun dikatakan sudah ada janji dan beberapa kenyataan keluar dari mulut Dr Mahathir, peralihan kuasa tidak berlaku antara mereka berdua. Muhyiddin akhirnya berjaya.

Mahathir's Slam

Pembentukan kerajaan oleh Muhyiddin dikatakan ‘kerajaan pintu belakang’. PH melakukan ‘spin’ akhirnya, Anwar terpaksa menerima kenyataan, konsep kerajaan pintu belakang adalah rintihan kegagalannya. Ia telah membentuk psikik politik dan menjadikan Anwar semakin berhalusinasi.

PH sudah gagal

Cuba amati apa yang berlaku sebaik sahaja diketahui bahawa PH sudah gagal. Kegagalan yang berpunca daripada Dr Mahathir, tetapi tiada seorang pun pemimpin PH mengutuk tindakan tersebut.  Dr Mahathir meletakkan jawatan tanpa berunding dan mendapat persetujuan Majlis Pakatan Harapan. Ini bermakna Mahathir yang memang diketahui sering membuat keputusan unilateral, sebenarnya ingin berlagak romantik kepada Anwar dengan menuduh Muhyiddin sebagai pengkhianat. Anwar turut percayakan Mahathir, maka Anwar turut menyebarkan kemarahan kepada kumpulan Azmin Ali sebagai pengkhianat.

Setelah memerhatikan apa yang diucapkan oleh ADUN Sementa (N43) itu, jelas menunjukkan Anwar semakin menghampiri gaya seorang diktator, tidak menghormati perbezaan pendirian dan berusaha menyingkirkan siapa pun yang ada kaitan dengan Azmin Ali. Azmin, Zuraida sudah dipecat keahlian PKR. Azmin dan Zuraida bersama Muhyiddin dan mereka berdua akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional daripada tersungkur.

Mukhriz berputih mata

Azmin turut memainkan peranan menumbangkan kepimpinan anak Mahathir di Kedah. Dengan kekuatan PAS sebagai parti yang mempunyai paling banyak kerusi, disokong oleh Muhyiddin, akhirnya Mukhriz  berputih mata untuk kali kedua.

Kali pertama (6 Mei 2013- 3 Februari 2016), juga atas alasan undi tidak percaya, Mukhriz tersingkir ketika memasuki tempoh kurang tiga tahun (33 bulan) memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-11, menerusi perundingan antara Mahathir-Najib selepas diterima kembali menyertai UMNO. Kali kedua, hanya mampu bertahan selama dua tahun (11 Mei 2018-17 Mei 2020) sebagai Menteri Besar ke-13.

Mungkin Mahathir dan Mukhriz tidak sesuai dengan angka ganjil. Mahathir untuk kali kedua adalah PM ke-7, maka hayat jawatannya hanya kekal selama 22 bulan berbanding ketika dirinya adalah Perdana Menteri ke-4, selama 22 tahun. Heboh akibat peletakan jawatan itu menyebabkan perkembangan lanskap politik semasa menjadi sedikit celaru dan dipenuhi dengan pelbagai serangan piskologi.

mahathir Slams

Sebaik sahaja Muhyiddin mengangkat sumpah, kerajaan yang dibentuk hasil gabungan –wakil rakyat Bersatu (21 orang), PKR (11 orang), UMNO (37), PAS (18), MCA (2), MIC (1) dan lain-lain (24 termasuk GPS sebanyak 19). Sehingga 18 Mei 2020, PN mempunyai kekuatan 114 kerusi.

kekal sebagai pembangkang

Bagaimanapun, Baru Bian  dan Masir Kujat membuat pengakuan bahawa mereka tidak menyokong PN. Bian Baru membuat keputusan keluar PKR dan Masir tetap dengan partinya (Parti Bersatu Sarawak) kekal sebagai pembangkang.

Dengan perkembangan tersebut, PN hanya memerintah dengan majoriti mudah, iaitu sokongan 112 wakil rakyat. Ia mudah goyah.  Namun, pada 5 Jun 2020, Ahli Parlimen Lubuk Antu menyatakan sokongan kepada PN dan mengesahkan keluar dari PKR. Ini bermakna, Muhyiddin masih mempunyai kekuatan sokongan 113 wakil rakyat.

mimpi terburuk kedua

Secara sepihak, PH mendakwa kedudukan Muhyiddin akan mudah tergelonsor. Anwar membuat pengakuan bahawa PH mendapat sokongan daripada 129 wakil rakyat.  Pada 29 Mei 2020, Anwar sekali lagi membuat penafian dengan berkata : masih dalam proses dan  belum dimuktamadkan. Tiga hari lalu (10 Jun 2020), Anwar mengakui bahawa PH hanya ada 107 sokongan wakil rakyat. Ini bermakna, Anwar perlu memburu lagi 22 wakil rakyat untuk cukupkan 129.

Ia menjadi mimpi terburuk kedua  Anwar. Tahun 2008 berusaha memburu sekitar 30 hingga 32 orang wakil rakyat BN. Untuk kali ini, Anwar terpaksa berhadapan dengan kesukaran yang lebih besar. Berdasarkan kenyataan terbaharu (13 Jun 2020), DAP, Amanah, Warisan menamakan Dr Mahathir sebagai calon PM sekiranya PH berjaya ‘merampas kuasa’.

Ia akan menjadi bertambah kusut, Bersatu (blok Mahathir) ada 5 (Mahathir, Mukriz, Mazlee, Syed Saddiq dan Amirudin), Warisan (9), DAP (42) dan Amanah (11). Blok PH yang mahukan Dr Mahathir ialah 67 kerusi.

galah Mahathir

Jika angka yang didakwa Anwar 107 ditolak dengan 67 kerusi blok Mahathir, Anwar hanya memiliki 40 wakil rakyat, jauh lebih rendah daripada Mahathir. Jika ini menjadi kenyataan, Anwar akan terus kecundang. Secara sinisnya, Azmin menyindir dengan mengemukakan formula matematik, 129-1 =107.(Rujuk: https://suara.tv/11/06/2020/azmin-sindir-anwar-melalui-formula-matematik/) Dan, bila keadaan itu berlaku, Anwar semakin kuat melakukan spin bagi menggambarkan beliau adalah lebih berpengaruh daripada Mahathir.

anwar reforms

Mazlee Malik, bekas Menteri Pendidikan yang menjadi mangsa penyingkiran Mahathir, dengan semangat Hang Tuah tidak berpaling daripada menyokong Mahathir membuat analisis statistik yang menarik. Paling maksimum Anwar akan dapat sokongan daripada 92 wakil rakyat. Secara moderatnya, Anwar hanya mampu meraih sokongan antara 70 hingga 80 anggota dari Semenanjung. 12 lagi adalah dari PKR dan DAP daripada Sabah dan Sarawak.

Sebab itu, Anwar tidak boleh ketepikan Dr Mahathir. Kalaupun ‘galah’ yang dimiliki oleh Dr Mahathir ‘lebih pendek’, ia tetap diperlukan bagi menyambung kededuanya agar dapat mengambil buah yang ranum di dahan lebih tinggi, “di sinilah galah sejengkal Tun Dr Mahathir berperanan’ (Rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/529933).

‘mengunci mulut’

Semalam, pada jam 1.30 tengah hari, Anwar dilaporkan membuat pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PH di Hotel Grand Dorset, Petaling Jaya. Pertemuan itu dihadiri oleh Lim Guan Eng, Gobinh Singh Deo, Xavier Jayakumar, Fahmi Fadhil, Saifudin Nasution Ismail, Liew Chin Tong, Anthony Loke, Tony Pua, Salehudin Ayub, tetapi kelibat Mahathir, Mazlee dan Syed Saddiq tidak kelihatan. (rujuk: https://malaysiagazette.com/2020/06/13/pertemuan-apa-di-dorsett-hartamas/). Setakat ini tidak diketahui apakah tujuan pertemuan itu,  “ia bukan pertemuan rahsia” kerana masing-masing pemimpin PH yang hadir ‘mengunci mulut’.

Daripada gembar-gembur, perubahan kerajaan akan berlaku pada atau sebelum 13 Julai 2020, iaitu ketika Sidang Parlimen dimulakan selama 25 hari. Ketika itu, PH berhasrat untuk menggoncang kedudukan Muhyiddin dengan ‘undi tidak percaya’. Apa pun, seperti tulis Timmy Say. ‘Sabar dan Tunggu: kerana ‘psywar’ akan berakhir pada hari itu. (Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2020/06/08/psywar-sokongan-majoriti-di-parlimen-berakhir-13-julai/)

‘kurang dari separuh’

100 days

Dalam kenyataan Dr Mahathir, kerajaan Perikatan Nasional akan jatuh sekiranya enam wakil rakyat BN yang sedang dibicarakan didapati bersalah. Disebabkan itu, menurut Mahathir, “Muhyiddin akan memastikan keenam-enam pemimpin itu tidak bersalah. Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang dari separuh” (Rujuk: https://beta.astroawani.com/berita-politik/kerajaan-muhyiddin-akan-tumbang-jika-enam-ahli-parlimen-umno-disabitkan-bersalah-246973?_ga=2.253434634.209926881.1592060664-1477421258.159206066).

‘menggadai prinsi negara’

Bekas menteri agama Malaysia Bahru, Mujahid menyifatkan kerajaan PN sebagai kembali ke “zaman gelap” dan kerana itu PH akan tetap berusaha untuk mengambil alih pemerintahan atas alasan kepentingan demokrasi, prinsip undang-undang dan perpaduan nasional. Prejudis pemikiran Mujahid jelas apabila menyifatkan PN sebagai ‘sebuah kerajaan yang hilang fokus dan hanya mementingkan untuk terus berkuasa akan menggadai prinsip negara dengan menjadikan politik untuk berjual-beli demi sebuah kuasa.” (Rujuk:  https://www.sinarharian.com.my/article/87356/KHAS/Pendapat/Perikatan-Nasional-pertahan-apa)

‘dibuang sendiri’

Apakah benar dakwaan Mujahid itu? Dari perspektif manapun,  PN merupakan sebuah kerajaan yang sah, kerana ia menerima watikah pelantikan daripada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong (SPBYDA), bukannya sebuah kerajaan yang ditubuhkan tanpa mengikut proses undang-undang. Ia bukan sebuah kerajaan yang bersamaan dengan ‘kerajaan langit’ ataupun kerajaan dalam buangan. PH adalah sebuah kerajaan yang ‘dibuang sendiri ‘ oleh pemimpin-pemimpinya, termasuk oleh Dr Mahathir sendiri.

JAHIT 2

Hakikat PN, walaupun baharu usia pemerintahannya selama tiga bulan, ia telah menunjukkan keyakinan rakyat adalah lebih baik berbanding PH yang memerintah selama 22 bulan. Hakikat ini pernah diakui oleh Dr Mahathir sendiri, Muhyiddin mampu bertahan sehingga akhir penggal. Ini bermakna, usia PN adalah lebih panjang jika mengambil kira tempoh pemerintahan yang masih berbaki. Secara lumrahnya, PN masih mempunyai tiga tahun sebelum tarikh sebenar PRU ke-15.

‘tidak wajar’

Mazlee mengakui bahawa PH amat bergantung kepada kekuatan gandingan antara Mahathir dan Anwar sekiranya ingin kembali berkuasa. Oleh itu. Anwar tidak wajar menjauhkan diri dan mengatakan bahawa beliau adalah lebih diyakini oleh orang ramai.

‘dihina’ dan ‘dipermainkan’

Bagi rakyat, semakin besar pergaduhan antara Anwar dan Mahathir, semakin tebal ‘kebencian’ kerana kededuanya sudah terlalu banyak meninggalkan parut dalam jiwa politik rakyat. Sejak Anwar menjadi ‘anak emas Mahathir’, berkrisis, bertaut semula menerusi pembentukan PH dan terakhir, meneroka ruang ‘konflik’ merebut jawatan perdana menteri. Bagi penyokong Anwar, mereka terasa ‘dihina’ dan ‘dipermainkan’ oleh Mahathir. Hakikatnya, kekuatan PKR sudah jauh berbeza dan semakin lemah ekoran perpecahan dalaman.

dua-dua gila

Namun, Nik Azmi , salah seorang yang kuat melobi agar Dr Mahathir menyerahkan kuasa selewat-lewatnya pada 10 Mei 2020, memberi reaksi keras kepada pandangan Mazlee. Sebagai pendokong Otai Reformasi, Nik Azmi menulis” “setuju Mazlee. Juga bukan hak milik Tun Dr Mahathir’. Nyatalah, dalam PH belum ada kata putus, siapakah sebenarnya akan dinobatkan sebagai perdana menteri sekiranya PH berjaya melakukan ‘kudeta’.  (Rujuk: https://twitter.com/niknazmi/status/1271371758981935105)

Anwar menolak

Mesyuarat pada 9 Jun 2020, yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir turut hadir. Mahathir dikatakan pertama kali memasuki pejabat PKR, turut menawarkan diri untuk kembali menjadi PM.

Anwar menolak minat Dr Mahathir itu, maka itulah sebabnya, tidak ada keputusan muktamad walaupun Khalid Samad, mengatakan calon PM sudah dipersetujui. (rujuk: https://www.malaysiakini.com/news/527443). Kenyataan Khalid itu telah dibuat pada 29 Mei 2020, yakni 12 hari sebelum mesyuarat PH berlangsung, Khalid kekal dengan serkap jarang dan bertindak seperti ‘peraba buta’.

Pada mulanya ramai yakin dengan pendedahan Khalid itu walaupun tidak menyebut siapakah yang dipersetujui: “In the past (before GE14) we were not sure how to win, (then) the discussion was not detailed. Now we are confident that we will come back to power, so be prepared (through preliminary discussions),” Realitinya, penentuan antara Anwar dan Mahathir belum muktamad, bahkan masih terus berusaha menunjukkan siapakah yang lebih berpengaruh.

melahirkan ‘rasa kecewa’

Dengan kenyataan bahawa Amanah, DAP dan Warisan inginkan Dr Mahathir, jelas boleh membangkitkan kemarahan Anwar sebagaimana berlaku pada 18 Mei lalu. Anwar tidak hadir dalam Sidang Media Dr Mahathir selepas usul ‘tidak percaya’ tidak dibahaskan di Dewan Rakyat, persidangan hari itu berlangsung separuh hari, iaitu mendengar titah SPBYDA.

Sidang Media itu hanya sekadar melahirkan ‘rasa kecewa’. Dr Mahathir berkata: “Kami tidak dapat terima alasan kononnya (tidak boleh bersidang) kerana pandemik selama dua jam saja, sedangkan Sabah oleh bermesyuarat (DUN) selama tiga hari” (Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690252/anwar-tak-hadir-sidang-media-tun-m)

failed government

Riza Aziz dan Musa Aman

Beberapa hari lalu, PN dikaitkan dengan tindakan terdesaknya untuk kekal berkuasa apabila “campur tangan” membebaskan anak tiri Najib, Riza Aziz dan Musa Aman daripada didakwa di mahkamah. Riza dikaitkan dengan penerimaan wang 1MDB berjumlah USD$ 3.5 bilion. Musa Aman pula dibebaskan daripada 46 pertuduhan rasuah konsesi balak.

Melepaskan Riza Aziz tidak ada kena mengena dengan ‘campur tangan kerajaan’ sebagaimana didakwa. Ia merupakan ‘persetujuan dicapai antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui represantasi di mahkamah’ dan ‘dipersetuji oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas’.

Ini bermakna, usaha melepaskan Riza sudah dibuat sebelum berlakunya pertukaran kerajaan di mana kerajaan bakal menerima balik aset di luar negara berjumlah RM 465.3 juta (USD$107.3 juta), iaitu kurang daripada separuh apa yang diterima oleh syarikat Red Granite Pictures  wang 1MDB. Syarikat penerbitan terbabit dikatakan menerima wang sebanyak RM 1.25 bilion (USD$248 juta)(Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/688852/malaysia-terima-aset-rm4653-juta-selepas-lepaskan-riza-aziz).

Musa Aman, yang  melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah ke-14 pada 12 Mei 2018 setelah beberapa jam mengangkat sumpah. Sekutunya dalam BN membuat perubahan sokongan, termasuk menyokong Parti Warisan dan bertukar menjadi calon Bebas. Selepas itu Musa dikatakan berada di luar negara.

46 pertuduhan

Musa mula dituduh di Mahkamah pada 23 Mei 2019 terhadap 51 pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram: membabitkan kontrak konsesi balak  berjumlah USD$63.3 juta (RM 263.4 juta) dan  wang haram berjumlah USD$37.8 dan 2.5 juta dolar Singapura. Sebanyak lima pertuduhan telah ditarik balik pada 18 Oktober 2019. Kesemua nilai penggubahan wang haram dalam 46 pertuduhan adalah berjumlah USD 44,111,559.11 dan SGD 507,636.00.

‘sumbangan politik’

9 Jun 2020, Musa Aman dibebaskan daripada 46 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pihak pendakwaan menarik balik kesemua tuduhan bagi mengelakkan ‘tuduhan tergantung’. Menurut laporan, Musa Aman dilepaskan berdasarkan affidavit daripada bekas Peguam Negara (Tan Sri Ghani Patail) di mana Abdul Ghani memohon agar Musa tidak diambil apa-apa tindakan (2012) memandang sumbangan itu adalam dalam bentuk ‘sumbangan politik’.

Keputusan untuk tidak membuat sebarang  pendakwaan (2012) itu telah dipersetujui secara kolektif Datuk Seri Tun Majid  Dato’ Haji Tun Hamzah (mantan Ketua Bahagian Pendakwaan), Tan Sri Abu Kassim Mohamad (mantan Pesuruhjaya SPRM), dan Datuk Mustapha Ali (mantan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM).

‘budi bicara’ Peguam Negara

Pihak pendakwaan tidak memperoleh dokumen daripada syarikat dan bank di Hong Kong disebabkan prosedur di sana hanya menyimpan rekod selama tujuh tahun. Dikatakan ada sebahagian daripada saksi juga kemungkinan telah meninggal dunia. Musa turut mengemukakan sekeping surat daripada Independent Commision Against Corruption Hong Kong bertarikh 22 Disember 2011, bahawa siasatan terhadap Musa telah lengkap dan tiada tindakan siasatan lanjutan dijalankan, iaitu boleh dijalankan berdasarkan budi bicara Peguam Negara seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. (Rujuk: Kenyataan Media, Jabatan Peguam Negara “PP V Tan Sri Musa Aman” bertarikh 9 Jun 2020).

pembelian tanah oleh RISDA

Pembebasan Musa itu kemudian dikaitkan dengan kemungkinan bakal berlakunya perubahan politik di Sabah. Dalam masa yang sama, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, yang juga Naib Presiden Parti Warisan didakwa di mahkamah atas tuduhan penggubahan wang haram (11 Jun 2020). Datuk Peter Anthony ke atas transaksi pembelian tanah oleh RISDA bernilai RM 155 juta di Tongod, Sabah pada tahun 2013 dan 2014.

koya

Kes itu tidak berjaya diselesaikan sebelumnya kerana salah seorang saksi, Michael Ubu, seorang peguam  telah melarikan diri ke luar negara. Michael dikatakan telah kembali ke Sabah pada 29 April 2020 dan disaring COVID-19. Micahel sedang ditahan disebuah tempat yang dirahsiakan.

2014, RISDA telah membayar deposit sebanyak RM 15.5 juta (membeli tanah seluas 2,428 hektar di Sungai Penangah dan Sungai Labau) kepada firma guaman Michael Ubu & Co.

Micheal kemudian memindahkan RM 12.9 juta kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Peter Anthony, Syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dan tiga pihak lagi, iaitu Mr X, Mr W dan membeli sebuah kereta  .

peruntukan penyelenggaraan jalan

Peter Anthony juga dikaitkan dengan skandal rundingan terus terhadap 5 buah syarikat untuk menyelenggara jalan di Sabah oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah bernilai RM 1.5 bilion.  Salah sebuah syarikat ialah AK Kontraktor Sdn Bhd (peroleh kontrak bernilai RM 325 juta) di mana penamanya, Safineh bin Doto turut dikaitkan dengan pencurian wang RISDA RM 15.5 juta, berhubung pembelian tanah di Tongod. Safineh juga adalah pengarah Syarikat Budiman Juta Sdn, Bhd. (rujuk: https://sabahkini2.com/en/news/2834/michael-p-ubu-ditangkap-peter-anthony-menteri-warisan-diberi-notis-sprm-/view)

Peter Anthony dan Michael UBU

Shafie Afdal antara tahun 2009-2015 menyalurkan peruntukan berjumlah RM 1.5 bilion untuk penyelenggaran jalan di Sabah di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang disalurkan menerusi JKR Sabah. Anthony dikatakan proksi Datuk Shafie Afdal ketika dirinya adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (mula tugas 10 April 2009) sebelum dipecat dari UMNO pada bulan 29 Julai 2015.

Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Warisan Sabah pada 17 Oktober 2016 bersama Derek Leiking dan beberapa orang lain, termasuk Peter Anthony. Peter Anthony dilantik sebagai Naib Presiden Parti Warisan bersama Datuk Jaujan Sembakong dan Datuk Junz Wong.

‘taikun hartanah’

Apabila Dr Mahathir mempersoalkan ‘pelepasan’ Riza Aziz dan Musa Aman, masyarakat turut mempersoalkan pelibatan menteri-menteri PH ketika melepaskan dan membebaskan beberapa orang ahli politik yang dikaitkan dengan LTTE (12 orang termasuk dua wakil rakyat DAP), surat sokongan Lim Guan Eng kepada Peguam Negara (Tommy Thomas) untuk membatalkan akaun seorang taikun hartanah yang dikatkan dengan wang 1MDB, kes rasuah Lim Guan Eng (pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran kerana tidak ada kolam mandi), kes kematian seorang anggota bomba dalam rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya (November 2018), dakwaan terhadap Rafizi Ramli atas kesalahan melanggar BAFIA (Bank and Financial Institution Act), dan yuran RM 2 juta bagi mengendalikan kes kapal Equanimity.

membersihkan ‘imej’

Menurut pandangan umum, PH telah menggunakan ‘kuasa’ untuk melepaskan mereka yang didakwa termasuk kes-kes yang sudah berjalan di mahkamah hanya kerana ingin membersihkan ‘imej’ dalam kalangan ahli politik PH daripada salah guna kuasa. Tommy Thomas adalah seorang peguam yang mengendalikan kes salah guna kuasa dan rasuah Lim Guan Eng dan juga merupakan salah seorang peguam DAP.

Pelantikannya turut menimbulkan kontroversi, kerana PH melantik seorang peguam swasta menduduki posisi sebagai Peguam Negara, yang sepatutnya dipilih dalam kalangan peguam-peguam yang mewakili kerajaan. Apatah lagi adalah seorang Peguam Negara yang tidak fasih berbahasa kebangsaan.

PH menjadi sasaran kritikan apabila melantik orang yang telah bersara, Datuk Shukri Abdullah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi meneruskan pendakwaan terhadap Najib berhubung skandal 1MDB, dan Hamid Badul sebagai Ketua Polis Negara, yang juga pernah dikaitkan dengan siasatan 1MDB.

Selepas Datuk Shukry meletakkan jawatan, PH melantik pula Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya SPRM dan pelantikan tersebut dikaitkan dengan kepentingan politik disebabkan kecenderungan Latheefa mewakili PKR.

mempertahankan kuasa’

Serangan PH seterusnya terhadap PN ialah melantik ahli-ahli politik menduduki kerusi dalam GLC dan GLiC yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai ‘mempertahankan kuasa’ dan keadaan terdesak Muhyiddin. Bagaimanapun, pelantikan tersebut turut dilakukan oleh PH ketika mereka berkuasa. Secara jelasnya, rakyat tidak dapat menerima sepenuhnya dakwaan Dr Mahathir.

war on non Malays

Namun, Muhyiddin menjadi sedikit tercemar kerana tidak berusaha mengukuhkan kedudukan menerusi langkah ‘membina pagar baharu yang lebih kukuh’. Muhyiddin mengitar semula beberapa orang yang dikaitkan mempunyai liabiliti  untuk ‘membina pagar’ , sesuatu yang boleh meruntuhkan keyakinan rakyat.

Ia mungkin akan ‘merebahkan Muhyiddin dari dalam’ kerana elit-alit politik yang dilantik dan diberi kepercayaan mempunyai bagasi yang berat, termasuk cadangan terbaharu melantik lima lagi senator, iaitu Tan Sri Rais Yatim, Datuk Radzi Sheikh Ahmad, Muhamad Zahid Md Arip, N Balasubramaniam  dan Idris Ahmad (dijangka angkat sumpah pada 16 Jun 2020).

Rais Yatim adalah politikus oportunis. Selepas kembali kepada UMNO, beliau kembali dilantik sebagai menteri dalam kerajaan pusat. PRU ke-13, Rais tidak bertanding dan diberikan jawatan sebagai Penasihat Sosio Budaya bertaraf menteri dan dilantik sebagai Presiden UIAM.

Rais kritik Dr Mahathir

Rais kemudiannya menyertai PPBM dan dilantik sebagai Pengerusi PPBM Negeri Sembilan. Setelah PPBM berpecah, Rais mengkritik kepimpinan Dr Mahathir dan mula menyokong Muhyiddin (PN).

Muhamad Zaid Md Arip adalah orang yang dikaitkan terbabit skandal pembelian hotel dan apartmen di Sarawak oleh Felda, di mana ketika itu Tan Sri Isa Samad adalah pengerusi FELDA. Muhamad Zahid  dilantik (30 Mei 2018) sebagai salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri ke-7 dan dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM.

Zahid adalah cucu Allahyarham Tun Ghafar Baba, dan bapa saudara kepada Tamrin Ghafar. PRU ke-8, Zahid bertanding di Pekan untuk menandingi Najib Tun Razak.

Pandangan umum, dua tokoh tersebut tidak sepatutnya dipilih untuk dilantik sebagai senator kerana kededuanya  adalah ‘lalang politik’ dan sering kali bertukar seumpana ‘sesumpah’. Inilah dilemma yang bakal muncul dalam pentadbiran Muhyiddin walaupun Emir Research mengeluarkan ramalan bahawa PN akan menang jika PRU ke-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Indek Kepuasan Terhadap Kerajaan

Berdasarkan penemuan itu, PH mendapat 0.45 mata manakala PN 0.53 mata dari segi Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI), ia adalah satu perbezaan yang boleh dianggap besar. Margin hampir 1 mata atau 10 peratus daripada 2,002 responden yang ditemui pada suku pertama tahun ini. Namun, kajian itu tidak berlangsung selepas PN mengambil alih pentadbiran daripada PH, ia berkisar daripada keyakinan responden terhadap Muafakat Nasional yang termeterai  dua hari (14 September 2019) sebelum sambutan Hari Malaysia.

Dari perspektif rakyat, gaya pengurusan Perikatan Nasional mendapat kepercayaan umum untuk meneruskan agenda ‘ketuanan Melayu-Islam’ namun Muhyiddin perlu berhati-hati, atas sebab ‘membina pagar menggunakan pancang yang rosak dimakan anai-anai’ boleh menyebabkan kriterianya tercabar. Muhyiddin juga perlu berhati-hati dengan andaian bahawa peletakan jawatan CEO Petronas ada kaitan dengan pindaan Akta Petroleum yang dijangka dibuat bagi meraih sokongan Sabah dan Sarawak.

Pindaan tersebut, jika berlaku, ia akan membolehkan parti-parti di Sabah dan Sarawak kembali berperanan sebagai ‘deposit tetap’ buat Perikatan Nasional setelah menawarkan peranan yang sama kepada BN selama dua penggal (PRU ke-12 dan PRU ke-13).

Seorang pesara polis berkata: Muhyiddin ‘sepatutnya bina pagar baharu bukan gunakan kayu yang sudah dimakan anai-anai.” Kesilapan itu akan menyebabkan Muhyiddin mudah diperdaya dan dijadikan isu untuk diserang, dalam ‘puzzled propaganda’ elit politik terlucut kuasa.

MONOSIN SOBRI.

Editor's choice

No Comments

    Leave a reply